Raya lebih ‘bold’ & ekspresif: Koleksi terbaharu Bayu Somerset tampil dengan siluet baharu & set keluarga
BAYU Somerset terus mengukuhkan misinya dalam mentakrif semula fesyen sopan dengan menggabungkan elemen tradisi bersama warna-warna segar dan gaya yang lebih ekspresif.
Berpegang pada visi untuk menjadi jenama fesyen past-forward terkemuka, jenama itu menampilkan rekaan yang inklusif, selesa, mudah diakses serta sesuai digayakan dalam kehidupan seharian.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2021, jenama ini berkembang pesat daripada platform e-dagang kepada antara pilihan popular di Malaysia, kini memiliki 18 cawangan dengan sasaran 30 menjelang hujung tahun.

Bersempena Aidilfitri, Bayu Somerset melancarkan koleksi Raya 2026, #somerSYOKraya26, yang diraikan serentak dengan pembukaan butik terbaharunya di Central i-City.
Koleksi kali ini menampilkan 50 corak unik, lebih lima siluet baharu, tujuh set keluarga serta tujuh rekaan mewah, semuanya direka untuk menyerlahkan gaya perayaan tanpa mengetepikan keselesaan pemakai.
Sentuhan warna berani
Istimewanya, koleksi ini turut diserikan tiga kolaborasi seni yang berbeza identiti. Arif Rafhan menampilkan olahan batik klasik dengan sentuhan warna berani Bayu Somerset, manakala Bunga dan Bintang membawa nuansa floral pastel yang lembut dan feminin.


Kolaborasi eksklusif bersama Machino pula menggabungkan bunga ikonik Hana dengan batik signatur jenama, selain memperkenalkan rekaan kasut serta skarf eksklusif yang versatil digayakan.
Majlis pelancaran turut diserikan penampilan Anzalna Nasir yang menggayakan Inara Kurung daripada koleksi kolaborasi, sementara Liza Hanim bersama anaknya tampil sedondon dalam set kebaya, menonjolkan elemen kekeluargaan yang dibawa dalam kempen Raya tahun ini.


Bagi melengkapkan kempen, Bayu Somerset turut memperkenalkan jingle rasmi pertama dengan vokal Aisha Retno, mencerminkan semangat jenama yang meraikan keyakinan diri, warna berani dan keunikan setiap individu di pagi Syawal.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

