Ajar anak kecil memasak resipi paling mudah guna produk Alce Nero yang sihat. Ini 4 resipi boleh buat
SEBENARNYA ibu bapa sudah boleh menggalakkan anak masing-masing yang masih kecil memasak.
Namun, bermula dengan hidangan seperti minuman sejuk, salad atau hidangan lain yang tidak memerlukan kemahiran memasak di atas dapur.
Bagi beberapa resipi mudah untuk kanak-kanak, perasa boleh digunakan untuk menambah kelazatan makanannya.
Alce Nero, peneraju makanan organik termasuk pasta, sos pasta, madu, jem, minyak zaitun, cuka epal dan cuka balsamik merupakan antara beberapa produk yang boleh menghasilkan resipi yang mudah.
Berikut cadangan resipi Alce Nero yang ibu bapa boleh kongsikan bersama anak-anak. Ada masa, jom buat.
-Salad caprese menawarkan kelazatan dengan campuran beberapa ramuan sahaja. Hanya balsamic glaze memerlukan sedikit masakan di atas dapur.
Masa penyediaan: 10 minit
Tempoh memasak: 10 minit
Hidangan: Untuk 4 orang makan
CARA PENYEDIAAN:
-Tuangkan Alce Nero Balsamic Vinegar ke dalam kuali bersaiz kecil, didih dengan api perlahan sehingga pekat dalam 6 hingga 8 minit. Ketepikan.
-Pilih tomato segar, berair dan manis. Tomato Roma adalah pilihan terbaik, tetapi semua jenis tomato merah saiz besar boleh digunakan.
-Potong tomato dan mozzarella keju menjadi bulatan setebal 1 sentimeter.
-Nikmati tomato dan keju yang dihidangkan oleh cef kesayangan anda dengan penuh kasih walaupun saiz potongannya tidak sekata. :)
-Susun potongan tomato dan keju secara bertindih dan berselang-seli di atas piring.
-Basuh dan keringkan daun selasih manis yang segar. Susun ia di atas potongan tomato dan keju yang telah diatur cantik.
-Tuangkan balsamic glaze dan Alce Nero Extra Virgin Olive Oil sebelum tabur garam laut dan serbuk lada hitam.
2. Cuka Epal Lemonade Berkarbonat
-Resipi ini sangat mudah dan amat menyegarkan, terutama dalam cuaca yang panas.
Masa penyediaan: 10 minit
Tempoh memasak: Tidak perlu memasak
Hidangan: 5 orang
CARA PENYEDIAAN:
-Campurkan 3 liter air berkarbonat, tiga sudu besar Alce Nero Apple Cider Vinegar, jus daripada lima biji limau dan empat sudu makan Alce Nero Organic Wildflower Honey di dalam bekas air.
-Kacau, kemudian tambahkan ais batu. Tuangkan ke dalam gelas hidangan, hiaskan dengan hirisan limau, minum dan nikmati kegembiraan ini bersama keluarga.
BACA JUGA: 7 idea bento dicadangkan Alce Nero untuk mak ayah sediakan untuk bekal anak kecil ke sekolah
BACA JUGA: Jamu tetamu dengan hidangan ‘rare’ rendang daging landak. Wanita ini kongsi cara memasak
3. Spageti dengan Minyak Zaitun dan Bawang Putih (Aglio e Olio)
-Hidangan spageti amat sesuai untuk kanak-kanak. Rasanya lebih enak bagi penyediaan yang minimum.
-Anak anda mungkin memerlukan bantuan untuk hidangan ini jika mereka tidak berpengalaman memasak di atas dapur.
Masa penyediaan:10 minit
Tempoh memasak: 15 minit
Hidangan: 5 orang
CARA PENYEDIAAN:
-Sediakan 450 gram Spageti Alce Nero mengikut arahan pek.
-Masak pasta selama enam minit sehingga mencapai al dente.
-Sementara menunggu pasta masak, masukkan bawang putih, Alce Nero Extra Virgin Olive Oil, garam dan emping cili secukupnya dan tumiskan dengan api perlahan sehingga bawang putih menjadi lembut dan keperangan.
-Tip cef: Jika anda penggemar tambah lagi bawang putih untuk meningkatkan keenakan.
-Toskan pasta, simpan setengah cawan air rebusan pasta.
-Masukkan Spageti Alce Nero dan air rebusan yang disimpan tadi ke dalam bawang putih yang telah ditumis.
-Gaul sebati sehingga Spageti Alce Nero disaluti dengan minyak zaitun yang ditumis.
-Alihkan pasta ke pinggan hidangan atau bahagikannya untuk setiap individu dalam pinggan.
-Untuk hiasan, masukkan pasli dan irisan kulit lemon. Sedia untuk dihidangkan.
-Pembuka selera yang sedap dan sihat.
CARA PENYEDIAAN:
Tempoh memasak: 10 minit
Hidangan: 5 orang
Orang ramai boleh menggunakan produk Alce Nero tanpa was-was kerana ia disahkan halal oleh badan pensijilan rasmi yang diiktiraf JAKIM.
Kepada anda ingin mendapatkan kesemua produk Alce Nero, boleh buat pembelian di AEON, Ben's, Cold Storage, Giant, Jaya Grocer, Village Grocer dan TF Value.
Jika tiada masa, transaksi online boleh dilakukan melalui kedai rasmi Ayam Brand Shopee dan Ayam Brand Lazada Official Store.
Untuk resipi yang lebih mudah, cepat dan sihat yang anak anda boleh sediakan sendiri, sila layari https://alcenero.asia/recipes.html dan laman Facebook Alce Nero Malaysia.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang