Nina Ismail Sabri kekal tenang isu bapa, ikut suami balik kampung. 'Tepung pelita wajib ada bulan Ramadan...'

No Image Caption
A
A
A

RAMADAN biasanya sinonim dengan ketenangan, keinsafan, serta meluangkan masa bersama keluarga dengan berkumpul dan beribadah.

Namun, bagi usahawan, Nina Sabrina Ismail Sabri, bulan mulia tahun ini datang dengan dugaan yang pastinya menguji jiwa.

Dalam kemeriahan menyambut Ramadan, keluarga personaliti ini menuai perhatian ramai apabila bapanya, yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pun demikian, anak sulung daripada empat beradik itu memilih untuk kekal tenang dan menikmati detik-detik bersama keluarga.

Dalam perkongsian di Instagram Story baru-baru ini, beliau berkongsi detik-detik pulang ke kampung suami, Hafiz Osman, bagi menziarahi Uwan yang sedang uzur.

Artikel Berkaitan:

Malah, dalam kesibukan isu siasatan bapanya, Nina masih sempat berkongsi kegemarannya menikmati kuih tepung pelita yang dianggap wajib ada pada setiap kali Ramadan.

Mungkin kuih tersebut mengingatkannya pada zaman kanak-kanak yang penuh nostalgia.

Bukan itu sahaja, Nina memuat naik momen bertarawih bersama anak tunggalnya, Jeannelle Mika Mandagie, hasil perkahwinannya dengan pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie.

Sekadar makluman, Ismail Sabri baru-baru ini dikaitkan dengan isu penemuan wang lebih RM170 juta dari pelbagai negara, termasuk beberapa jongkong emas yang tersimpan rapi dalam sebuah ‘safe house’ bukanlah jumlah yang sedikit.

Jika sebelum ini siasatan ke atas Ismail Sabri hanya sekadar pemanggilan saksi, kini plotnya berubah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, mengesahkan bahawa bekas Perdana Menteri ke-9 itu kini disiasat sebagai suspek dalam kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Terdahulu, empat individu termasuk bekas pegawai kanan Ismail Sabri turut ditahan. Sementara itu, SPRM merancang untuk memanggil lebih ramai saksi bagi melengkapkan siasatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang