Elisya Sandha alami alahan teruk, kehamilan kedua mungkin jejaskan ibadah puasa. 'Saya cepat letih, kaki mudah bengkak...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON jelita, Elisya Sandha berkongsi pengalaman hamil anak kedua yang disifatkannya lebih mencabar berbanding kehamilan pertama.

Menantu kepada penerbit terkenal, Sheila Rusly itu juga mengakui lebih mudah penat serta mengalami alahan yang agak teruk sehingga berkemungkinan akan memberi kesan terhadap ibadah puasanya.

"Masa mengandungkan Bunga, saya dapat berpuasa penuh tanpa tinggal satu hari pun. Memang itu sasaran saya waktu itu dan saya gembira dapat mencapainya.

“Namun, pada kehamilan kali ini, jika lihat pada gaya, saya rasa tak mampu nak berpuasa penuh tapi akan tetap cuba.

"Kehamilan kali ini berbeza. Saya cepat letih, ada alahan yang kuat dan kaki pun mudah bengkak.

"Perut pun nampak lebih kecil berbanding dulu, tapi kesannya lebih terasa," katanya kepada media ketika ditemui di sidang media LXM Resources, baru-baru ini.

Bercerita mengenai jantina bayi yang bakal dilahirkan, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sanda Hassan memaklumkan beliau dan suami, Uzair Haqimy, masih mahu merahsiakannya buat masa ini.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan umumkan masa majlis gender reveal selepas hari raya nanti. Mak mertua pun belum tahu lagi, hanya saya dan suami yang tahu setakat ini.

"Buat masa ini, kami nak simpan dulu rahsia walaupun ibu mertua ada juga cuba korek," katanya sambil tersenyum.

Elisya dan Uzair mendirikan rumah tangga pada Ogos 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Bunga, yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Media Hiburan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang