PENYANYI dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob teruja melihat dua anak lelakinya berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh 25 hari.

Kejayaan anak sulung beliau, Ahmad Fariedz Shah, 12, dan anak ketiga Ahmad Firudz Shah berusia 9 tahun tersebut dicapai selepas mengikuti cabaran diet keto selama 40 hari yang turut dilakukan bersama isterinya, Datin Azrene Ahmad.

Menerusi laman sosial Instagram peribadi @fazleyyaakob, beliau mendedahkan bahawa Ahmad Fariedz Shah atau mesra dipanggil Payish berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6 kilogram (kg) selepas 25 hari melaksanakan cabaran diet keto.

“Ramai yang tanya saya, selain saya dan @azrene_ahmad yang kurus dalam keto 40 days challenge ni, siapa lagi yang kurus?

“Ni anak sulung saya, Payish @fariedzfazley hilang 6kg dah alhamdulilah! (he is 12 years old). We have 14 days to go! #keto. Well done baby dida! Im so proud of you!! Nak tengok tak before dan after saya dan @azrene_ahmad pulak?,” coret pelantun lagu, Asmara Ini dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

 

Dalam pada itu, rata-rata warganet berasa kagum dan memberikan maklum balas positif susulan melihat perubahan fizikal, Payish.

Lebih mengujakan, Fazley yang merupakan Juara Master Cef Selebriti Musim Pertama turut memuat naik foto sebelum dan selepas fizikal Payish dan Ahmad Firudz Shah (Piyush) selepas mengamalkan diet keto.

Ujar Fazley: “Ramai juga tanya macam mana dengan Piyush dalam 40 days Keto Diet Challenge. Tengoklah, @fierudzfazley saya dah jumpa leher anak saya yang hilang berbulan-bulan lamanya. Tersorok di bawah dagu rupanya.”

Artikel berkaitan: Fazley dihalang ke bazar Ramadan, pakai kasut koyak berbulan-bulan

Apa itu diet keto?

diet keto

– Secara ringkas, diet keto atau diet ketogenik lebih kepada satu peraturan pemakanan dengan penekanan makanan tinggi lemak dan rendah karbohidrat.

Iklan

– Matlamat utama jenis pemakanan tersebut adalah untuk membolehkan tubuh membakar lemak dan bukan glukosa bagi tenaga memandangkan diet keto tinggi lemak dan protein.

– Amalan diet berkenaan sesuai untuk penghidap kencing manis kerana menu makanan tidak akan meningkatkan gula dalam darah.

– Ini termasuklah, baik untuk mereka yang mempunyai penyakit sawan, kanser, ketumbuhan, ekzema, autoimun memandangkan jadual pemakanan tiada melibatkan gula.

Iklan

– Ketika mengamalkan diet keto individu hanya perlu mengambil makanan berkalori rendah dan mempelbanyakkan lemak bagus.

– Jika ingin kunyah-kunyah, boleh makan kacang almond, gajus, walnut atau kacang sihat yang lain.

Foto: Instagram @fazleyyaakob dan www.diabetes.co.uk