Apam milo 4 bahan sukatan cawan, senangnya!

Apam milo 4 bahan sukatan cawan, senangnya!
Apam milo 4 bahan sukatan cawan, senangnya!
A
A
A

BIASANYA kita selalu jumpa apam susu, pandan, jagung, nasi, kelapa, pisang, bahulu dan sebagainya.

Apa kata kali ini korang mencuba pula apam milo ini untuk dihidangkan kepada keluarga.

Resipinya teramatlah senang dengan hanya menggunakan empat bahan yang sedia ada di dapur.

Kisar sahaja semua bahan dan kukus hanya 20 minit.

Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Fatihatul Hakimah ini. Terbaik!

Bahan-bahan:

  • Telur 6 biji
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Gula pasir 2 cawan
  • Milo setengah cawan

Artikel berkaitan: Lasagna sedap guna roti je! Jimat kos

Cara-cara membuatnya:

1. Pukul telur dan gula sampai berbuih / putih / kembang. Jangan derhaka nanti apam tak naik (Tiha guna blender je)

2. Masukkan tepung gandum, blender lagi sampai sebati ( rasa blender dah menjerit tu mohon stop kacau je guna senduk)

3. Adunan tadi bahagi kepada dua bekas, satu bekas biar kosong atau boleh letak pewarna lain, dan 1 bekas lagi letak milo dan kacau-kacau sampai sebati.

4. Tuang selang seli dalam loyang kalau nak nampak menarik, loret la guna lidi ke garfu ke untuk nampak berbunga-bunga (ikut suka tak ada paksaan).

5. Kukus hingga 20 minit (air kukusan mesti dah mendidih dulu).

Ok. Siap untuk dihidangkan. Sejukkan dulu baru potong ya. Adunan ni Tiha dapat dua loyang kecik tapi tak smpai malam dah habis.

*Bagi yang tak suka manis boleh kurangkan manis.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Fatihatul Hakimah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca