Lasagna sedap guna roti je! Jimat kos

Lasagna sedap guna roti je! Jimat kos
October 22, 2020
Oleh Faezah Muda

MENU ala barat ini kata orang memang membangkitkan selera makan.

Sesiapa yang minat makanan western macam makaroni dan spaghetti tu boleh la cuba buat lasagna ni pula. Dijamin korang suka punya.

Ini cara mudah membuat lasagna. Sangat membantu jika anda baru nak mencuba buat sendiri menu ini.

Jom kita lihat cara Sha Farina yang telah berkongsi resipi lasagna pastinya sedap dengan menggunakan roti sahaja.

Bahan-bahan:

  • Roti
  • Susu
  • Telur
  • Butter
  • Keju
  • Sos preggo
  • Daging
  • Cendawan

Artikel berkaitan: Nanchos beef cheese paling mudah nak buat

Cara-cara membuatnya;

1. Pertama sekali, buat bancuhan susu dan telur.

Iklan

2. Kemudian, sediakan kuah spagetti mengikut selera masing-masing. (Campuran sos prego, daging dan cendawan)

3. Sapukan loyang dengan butter.

4. Selepas itu, celup roti dalam bancuhan susu dan telur, kemudian layerkan dalam loyang.

Iklan

5. Kemudian, letak kuah spagetti dan ratakan. Letak pula kepingan keju.

6. Ulang langkah 4 dan 5 hingga tiga lapisan. Kemudian, taburkan parutan keju.

7. Tuang lebihan susu dan telur itu kalau ada.

8. Bakar selama 30 minit pada suhu 170c, tetapi ikut oven masing- masing dan siap.

Mudah sahaja untuk buat lasagna ini. Bolehlah korang cuba buat nanti, pasti anak-anak pun suka.

Semoga bermanfaat.

Sumber dan foto: Sha Farina