Ayah cuba bakar anak ditahan, ugut isteri untuk tidak bercerai

No Image Caption
A
A
A

SEORANG ayah seperti hilang pedoman hidup kerana meletakkan anak kandungnya dikelilingi unggun api di longgokan sampah dengan niat mengugut bekas isteri.

Sebelum ini tular sebuah video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak kerana berasa takut kerana didera dan bahang api di kelilinginya.

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai termasuk pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bertindak berdasarkan maklumat, Polis berjaya menahan suspek ketika menaikki kenderaan jenis Nissan Grand Livina di sebuah perhentian bas berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 pada jam 10.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu memaklumkan, Ibu Pejabat Polis Maran telah membuat tangkapan ke atas suspek susulan aduan diterima dari bekas isteri suspek petang semalam.

Ketika penahanan suspek, ayah yang berusia 35 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri bersama anak lelakinya yang berusia dua tahun enam bulan.

Menurut bekas isteri, suspek sering menghantar beberapa video anak lelakinya dipukul dan dimarahi oleh bekas suami tanpa sebarang sebab sehingga kanak-kanak tersebut kelihatan trauma.

Lelaki berkenaan bertindak kurang siuman selepas melafazkan cerai terhadap isterin pada 15 September lalu.

Artikel Berkaitan:

Selepas bercerai, mereka tinggal berasingan kerana dihalau oleh bekas suaminya itu dari kediamannya di Apartment Sutravilla Jalan Pelindung Damai 5 dekat Beserah, Pahang.

Menurutnya lagi, video yang dikongsikan bekas suaminya itu sebagai bentuk ugutan dan protes berkaitan kemelut rumah tangga mereka kerana suspek tidak bersetuju dengan penceraian tersebut.

Suspek mempunyai 12 rekod jenayah lampau kerana penyalahangunaan dadah.

Wan Zahari berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tekanan hidup.

Suspek kini ditahan reman selama tiga hari dan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang