"Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia... ' Bapa bakar motosikal kerana anak sering keluar lewat malam, tak dengar nasihat

No Image Caption
A
A
A

KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa.

Demikian perumpamaan kasih seorang bapa yang sentiasa mahukan yang terbaik buat anak walaupun sibuk mencari nafkah buat keluarga.

Tular satu video seorang ayah hilang sabar apabila membakar motosikal milik anaknya kerana tidak mendengar kata dan sering keluar malam.

Si ayah yang juga pemilik Tiktok @kajolmarey01 bagaimanapun meluahkan perasaan geram dan lebih sanggup kehilangan harta benda berbanding kehilangan anak tersayang.

"Sebelum aku hilang kau, ini ubat dia. Aku bakar je senang.Tak payah ada motor lagi senang, ada motor jadi hantu.. Ini buat budak-budak yang suka keluar malam, tak reti nak ikut cakap mak bapak," ujar beliau.

Kata lelaki itu lagi, motosikal itu antara punca anak lelakinya tidak mahu mengendahkan nasihatnya.

Video yang mendapat lebih satu juta tontonan itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi masyarakat kerana tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu.

Namun, ada juga yang menyokong tindakan bapa yang memberi pengajaran buat anak-anak yang degil.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran video lain, lelaki tersebut menjelaskan beliau membelikan motosikal tersebut bagi memudahkan perjalanan anak lelakinya ke sekolah.

Tidak melenting dengan kecaman masyarakat, beliau memberitahu takut kehilangan anak bujangnya itu dan menganggap ia ibarat mimpi ngeri jika zuriatnya itu dijemput ilahi dengan cara yang tidak diingini.

"Tak mahu polis hubungi mengatakan anak aku berada di balai kerana kesalahan merempit, kesalahan samseng jalanan dan sebagainya.

"Aku juga paling takut kalau orang sama ada polis telefon mengatakan anak dah meninggal dan aku paling takut perkara itu," ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang