SEDANG mencari-cari resipi untuk membuat ayam goreng salut tepung yang sedap dan berkerak cantik?

Dijamin puas hati jika dibuat ikut resipi di bawah ini.

Lagipun cara membuatnya sangat senang hanya menggunakan lima bahan termasuk ayam tanpa perlukan telur.

Jom cuba!

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • Tepung Bestari (pedas)
  • Tepung Gandum
  • Tepung Beras
  • Serbuk cili

Ayam goreng salut tepung rangup ala McD spicy simple guna 5 bahan

Artikel berkaitan: Sambal Gesek Bilis ringkas, mudah dan sedap

Cara-caranya:

Iklan
  1. Ayam dicuci sehingga bersih dan di sejat atau tos kan dahulu
  2. Campurkan tepung bestari, tepung beras, serbuk cili dan air (jangan pekat sangat/cair) – Bancuhan basah
  3. Perapkan ayam bersama dengan bersama bancuhan tepung selama sejam dalam peti ais
  4. Campurkan dengan sekata tepung bestari, tepung beras, tepung gandum dan sedikit serbuk cili tanpa air.- Bancuhan kering
  5. Gaulkan ayam yang diperap tadi bersama bancuhan tepung yang kering.
  6. Minyak harus banyak dan dipanaskan terdahulu sebelum mengoreng.
  7. Goreng sehingga kelihatan kekuningan dan siap untuk dihidangkan.

Semoga bermanfaat!

Kredit Resipi : Lina Liyana

Iklan

Ayam goreng salut tepung rangup ala McD spicy simple guna 5 bahan