Ayam masak lemak cili padi pekat & pedas bersambal, ibu wajib cuba pasti memikat hati

BILA sebut sahaja ayam masak lemak, pasti terngiang rasanya yang sedikit pedas dan berlemak enak kan.

Sesetengah orang suka pada kuahnya yang cukup rasa dan dimakan ‘banjir’ dengan limpahan santan dinikmati bersama nasi putih.

Namun resipi kali ini sedikit kelainan masakan ayam lemak cili padinya.

Nampak hanya campak-campak bahan yang telah ditumbuk dan akhirnya digaul ayam itu bersama bahan tumisan.

Sungguh menyelerakan apabila ayam yang digoreng terlebih dahulu digaul bersama sambal pekat, likat dan pedas pastinya memikat selera semua.

Ayuh cuba!

Bahan-bahannya;

  • Ayam
  • Kentang
  • Bawang merah ditumbuk
  • Bawang putih ditumbuk
  • Kunyit hidup ditumbuk
  • Cili besar merah ditumbuk
  • Cili padi ditumbuk
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit
  • Serai
  • Asam keping
  • Santan
  • Garam
  • Gula

Cuba juga Wajib cuba! Ayam masak asam ‘terpaling’ ringkas, sedap tak cukup nasi sepinggan dibuatnya

 

Cara membuatnya;

1. Ayam dan kentang digoreng dan diketepikan.

2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga masak elok, masukkan daun limau purut, daun kunyit dan serai.

Iklan

3. Kemudian masukkan asam keping dan santan. Gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Cuba juga Ayam masak cili kering mudah, manis, pedas pasti buka selera keluarga

4. Masak sehingga sedikit pekat kemudian masukkan ayam dan kentang yang digaul tadi. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba!

Iklan

Sumber: snfkitchen_90

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!