'Bahaya' makan nasi ganggu proses diet? Mereka yang nak turunkan berat badan kena baca ni...

No Image Caption
A
A
A

RAMAI yang keliru mengenai perihal diet dengan makan nasi. Bagi segolongan yang 'menjaga' makan, makanan ruji orang Asia itu dikatakan boleh mengganggu proses diet.

Begitupun ramai juga yang bimbang tak menjamahnya kerana merasakan dirinya memang langsung ‘tak boleh hidup' jika tak makan nasi meskipun dalam sehari.

Lebih membimbangkan, ‘nasi’ disalahkan dan dikatakan bahaya kerana menganggu proses diet seseorang terutamanya mereka yang sedang berhajat ingin menurunkan berat badan.

Berkisar mengenai itu, SinarPlus berkongsi pandangan pengamal perubatan yang juga penasihat kesihatan dan pemakanan, Dr Zubaidi Ahmad.

“Nasi tidak bahaya kerana ia adalah makanan sumber karbohidrat yang memberikan tenaga.

“Jumlah yang diperlukan bergantung pada keperluan kita,” katanya menerusi penulisannya di Facebook baru-baru ini.

Memberikan contoh, menurutnya jika kita bekerja menggunakan banyak tenaga, ambillah nasi secukupnya. Jika kita bekerja di ofis, hadkan pengambilan nasi dan banyakkan sayur, buah dan ulam.

Artikel berkaitan: Fed up asyik terlebih makan dalam fasa diet? Ini nasihat pakar dietetik

Namun demikian, ada yang kata, ‘kalau tak makan nasi, kita tak bertenaga’ dan rasa letih.

Ini respons Dr Zubaidi:

Jangan risau. Selain nasi, karbohidrat iaitu sumber tenaga yang cepat juga didapati daripada sayur, buah, protein sihat dan lemak sihat yang kita makan. Lemak di sekeliling pinggang adalah sumber simpanan tenaga terbaik.

Untuk pengetahuan orang ramai, nasi atau beras putih adalah produk karbohidrat yang telah diproses dengan hebat.

“Kita namakan refined carbohydrate yang hanya ada kalori dan hampir tiada lagi mineral, serat dan vitamin.

“Saya cadangkan gantikan dengan beras rebus dan beras perang yang banyak mineral, vitamin dan fiber. Ia bagus untuk kesihatan,” katanya lagi.

Orang zaman dulu makan beras perang, segar dari sawah. Mereka makan banyak nasi kerana menggunakan tenaga yang banyak. Mereka lebih sihat kerana beras atau nasi ini lebih berkhasiat.

Maka sebab itu, tidak hairanlah jika datuk nenek kita berusia 80-an tetapi masih hidup sihat. Kebanyakan kita pula ada penyakit di awal 40-an. Renung-renungkan… Moga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca