Baked carbonara cheese meatball lazat, rugi tak cuba!

A
A
A

SIAPA yang boleh tahan tengok keju dalam apa-apa menu makanan kan...

Lebih-lebih lagi yang boleh ditarik panjang dan terasa lemak berkrimnya itu.

Bagi penggemar makanan berkeju, korang amat rugi jika tak mencuba resipi ini.

Baked carbonara cheese meatball lazat ini dijamin puas hati. Masak sendiri di rumah, boleh makan sepuas hati.

Jom tengok cara membuatnya.

Bahan - bahannya;

  • Bebola daging atau ayam
  • Brokoli
  • 1 cawan susu segar
  • Keju Cheddar
  • Sos carbonara cendawan
  • Lada hitam secukup rasa
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • 1 tin cendawan butang
  • 1/2 kiub pati ayam

Artikel berkaitan: Gadis 24 tahun kongsi resipi kuih gerodok telur, signatur orang Kelantan

Cara-cara membuatnya;

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan bebola daging, cendawan butang dan brokoli. Goreng sehingga bebola daging garing.

3. Letakkan semua bahan dalam loyang.

4. Untuk sos pula, masukkan sos carbonara, susu segar, kiub pati ayam dan lada hitam.

5. Kemudian, masak sehingga mendidih.

6. Tuangkan sos atas meatballs.

7. Susunkan keju dan bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 170°C.

Ok siap dihidang. Selamat mencuba!

Sumber : Farhana Azwa Nadzri

Baked carbonara cheese meatball lazat, rugi tak cuba!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca