Bayi lahir pada tahun 2070 dijangka mampu hidup sehingga usia 150 tahun
DIKURNIAKAN kesihatan yang baik pada usia lanjut adalah anugerah TUHAN yang tidak terhingga.
Penjagaan pengambilan makanan dan amalan gaya hidup sihat sudah menjadi satu perkara penting untuk merealisasikan hal itu.
Namun, tidak lupa juga, kemajuan teknologi baharu bagi membangunkan sektor kesihatan seluruh dunia turut mempengaruhi hal tersebut.
Baca juga:Kerap kentut ada bahayanya ketahui punca dan tip mengatasi
Baca juga:Obesiti bukan sekadar masalah lebih makan atau kurang bersenam semata mata
Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan pakar yang berpusat di Institut Salk, San Diego, California, Amerika Syarikat sedang melakukan kajian keremajaan dan melambatkan proses penuaan manusia.
Menerusi eksperimen yang dilakukan terhadap sel tikus, tindak balas yang dikenali sebagai faktor transkripsi Yamanaka telah berlaku.
Berbeza dahulu, hasil kajian telah mengakibatkan haiwan makmal itu mengalami kanser dan kegagalan organ. Bagaimanapun, ia berbeza apabila kumpulan pakar berhasil menemui cara untuk meningkatkan jangka hayat.
"Kami mempunyai platform yang berfungsi pada manusia dan konsep buat tikus.
"Saya tidak menolak sekiranya kita berjaya melihat beberapa pertumbuhan semula sel dalam tempoh 10, 15, 20 tahun akan datang," jelas seorang pakar terlibat, Dr Steele.
Tambahnya, kajian tersebut turut mengambil bentuk yang serupa dengan terapi gen iaitu mengubah gen seseorang dengan menggunakan virus tidak berbahaya. Kesannya ia telah mewujudkan genetik untuk menggantikan atau menyahaktifkan gen yang rosak.
"Kami sudah menggunakan terapi gen pada manusia. Biarpun ia masih di peringkat awal, namun teknologi itu sudah ada," jelas beliau.
Meskipun sudah hampir menemukan formula antipenuaan, namun ia tetap menimbulkan kebimbangan sekiranya peningkatan jumlah golongan lanjut usia.
Selain itu, kaedah tersebut dilihat lebih memberi fokus kepada golongan berkemampuan sahaja.
Menurut Profesor Bahler, peningkatan usia harusnya bergerak seiring dengan tahap kesihatan yang baik.
"Mereka hidup lebih lama dan menahan sakit juga lebih lama kerana peluang untuk mendapat penyakit kanser pada usia muda masih ada.
"Sekiranya penemuan ini dapat mengubah proses asas, ia secara tidak langsung dapat memberi peluang orang ramai lebih kekal sihat untuk tempoh yang lama," jelasnya.
Difahamkan pesakit perlu menjalani tempoh rawatan sekitar 10 bulan bagi mengelakkan berlakunya kesan sampingan.
Bagaimanapun, kumpulan pakar tersebut tidak mendedahkan jumlah kos yang perlu ditanggung pesakit.
Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang