Bedung bayi memang boleh bantu anak tidur lena, tapi ini cara betul ketika cuaca panas

A
A
A

BILA cuaca panas ditambah ramalan mengatakan akan berlaku El Nino di negara ini pada Jun akan datang, ramai yang lebih berwaspada.

Namun, ada yang dikhabarkan sudah sakit-sakit dan pening kepala.

Sudah banyak rungutan demi rungutan banyak didengari.

Paling ketara, ramai yang khuatir tentang keselamatan anak kecil dan bayi baru lahir yang perlu dibedung setiap masa.

SUMBER Rodnae Productions daripada PEXELS.

Membedung antara lain dapat membantu si kecil tidur lena dan mengurangkan kebarangkalian si manja untuk terjaga, demikian kata Hello Doktor.

Menurut laman perubatan tersebut, perbuatan itu amat mudah untuk dilakukan.

Namun, masih terdapat beberapa peraturan atau cara yang perlu diikuti untuk keselamatan si manja.

“Biasanya membedung dilakukan untuk bayi yang baru lahir. Apabila bayi sudah mencapai usia empat hingga enam bulan dan sudah boleh meniarap, bedung tidak lagi diperlukan,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut American Academy of Pediatrics, pendekatan itu juga merupakan antara salah satu cara membantu untuk menenangkan bayi.

SUMBER Vidal Balielo Jr. daripada PEXELS.

Ikatan kain yang membaluti tubuh badan bayi hampir menyamai fungsi rahim semasa dalam kandungan, kata sumber berkenaan lagi.

SUHU BADAN JADI TINGGI

Pun begitu, dalam keadaan cuaca panas sekarang, sesuai atau tidak bayi dalam pantang dibedung dan dipakaikan dengan fabrik tebal?

Menurut Dr Nur Hidatul Husna Ruslan yang banyak berkongsi ilmu perubatan, kesihatan dan kekeluargaan di media sosial, penggunaan beberapa lapis kain perlu dielakkan ketika cuaca panas.

Ini kerana bayi di bawah umur satu bulan mempunyai suhu badan yang tidak stabil dan mudah dipengaruhi oleh suhu sekeliling.

SUMBER Natalie Bond daripada PEXELS.

“Justeru, apabila bayi dibalut dengan banyak kain atau selimut, suhu badannya akan menjadi tinggi,” katanya menerusi laman TikTok.

Beritahu Dr Nur Hidatul Husna, tindakan tersebut boleh menjadi punca bayi jatuh demam.

“Kita boleh keliru sama ada bayi tersebut demam sebab dibalut tebal atau memang betul-betul demam akibat kuman atau virus.

“Bayi di bawah usia satu bulan perlu dimasukkan ke wad bagi mengetahui punca si manja tersebut demam,” ujarnya.

Menyambung hujah, beliau menyarankan ibu bapa yang menggunakan kaedah berbedung hanya menggunakan satu lapisan kain sahaja.

SUMBER Lisa Fotios daripada PEXELS.

“Jangan overwrap. Nak pakai kipas atau aircond boleh sahaja untuk baby,” tambahnya.

CARA PALING SELAMAT

Okey, apakah cara membedung bayi dengan selamat?

National Childbirth Trust (NCT) mempunyai informasi menarik untuk dikongsikan.

Terlebih dulu, ujar NCT, amalan tradisional berkenaan telah digunakan dalam pelbagai bentuk di seluruh dunia sejak 4,000 tahun sebelum Masihi.

“Penyelidikan telah menunjukkan bedung berkesan untuk menenangkan anak yang menangis.

“Kajian lain juga mendapati tindakan membedung bayi baru lahir mendorong perkembangan neuromuskular dan otot yang lebih baik,” kata mereka yang mengukuhkan pandangan doktor tempatan dan antarabangsa lain.

SUMBER Kristina Paukshtite daripada PEXELS.

Dalam penulisan yang sama, NCT turut berkongsi cara membedung si comel dengan selamat. Antaranya seperti:

1)Jangan bedung bayi sekiranya mereka demam.

2)Gunakan material yang nipis. Jangan selimut bayi yang telah dibedung kerana tindakan itu akan menyebabkan bayi terlalu panas.

Tidak membalut bayi melebihi paras bahu. Leher dan kepala juga tidak perlu dibedung.

3)Pastikan bayi dapat menggerakkan pinggul dan lututnya dengan bebas untuk menendang.

SUMBER Rene Asmussen daripada PEXELS.

4)Sentiasa letakkan bayi tidur terlentang. Jangan sekali-kali meletakkan mereka yang dibedung untuk tidur dalam keadaan meniarap atau mengiring.

5)Jika anda menggunakan produk swaddle atau selimut, pastikan ia mematuhi piawaian keselamatan dan dipakaikan dengan baik.

6)Sekiranya bayi dijaga oleh orang lain, pastikan mereka tahu tentang tidur yang selamat dan kaedah membedung dengan betul.

Baca juga: Tidur sekatil, bayi bawah 12 bulan boleh mati mengejut, doktor kongsi 8 info mak-mak perlu tahu

Baca juga: Bayi 6 bulan tak sedarkan diri di taska maut, ditemui telungkup, ibu kongsi kronologi kejadian

Pesanan itu rasanya cukup mudah untuk diikuti oleh mak-mak di luar sana.

Memang tangisan akan merengsakan kita, tapi keselamatan itu lebih penting untuk si manja.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca