TOURISM Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Malaysia (MAH) dan syarikat e-Dagang popular, Shopee Malaysia telah berganding bahu dalam menghidupkan semula ekonomi dan rantaian bekalan pelancongan menerusi Kempen “Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before”.

Kempen di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE 1.0) itu akan bermula pada 31 Disember sehingga 31 Mac 2021 dan akan menawarkan e-baucar menarik kepada para pembeli.

Apa yang menarik, pembeli berpeluang menebus e-baucar RM50 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel satu hingga tiga bintang, atau e-baucar RM100 dengan pembelian penginapan minima tiga hari dua malam di hotel empat dan lima bintang di seluruh negara.

E-baucar hanya boleh ditebus oleh rakyat Malaysia dan adalah layak untuk digunakan sekali sahaja berdasarkan terma dan syarat ‘first come first serve’.

Pembayaran boleh dibuat menggunakan ShopeePay, kad debit atau kad kredit. 18,750 pembeli terawal juga akan menikmati baucar tambahan RM20.

Bercuti sambil tebus e-baucar bernilai RM100! ‘first come first serve’Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Zulkifly Md. Said berkata, PRE 1.0 bertujuan untuk menarik rakyat Malaysia untuk melancong secara domestik dan pada masa yang sama menyokong industri perhotelan dalam menjana pendapatan dan mengekalkan perniagaan.

“Hasil daripada kempen ini akan memberi kesan yang berlipat ganda dan akan membantu menghidupkan semula ekonomi negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia Yap Lip Seng pula berkata, MAH mempunyai lebih dari 400 hotel dari satu hingga lima bintang di seluruh negara yang sudah pun menawarkan harga-harga istimewa.

Susulan daripada itu, rakyat Malaysia kini dapat memanfaatkan e-baucar yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

Iklan

Bercuti sambil tebus e-baucar bernilai RM100! ‘first come first serve’

“Peluang ini sememangnya tidak boleh dilepaskan dan saya berharap hasilnya akan memberi sedikit harapan bagi industri perhotelan Malaysia yang amat terkesan akibat pandemik ini,” katanya.

Kini, Malaysia telah beralih ke fasa pemulihan ekonomi. Tourism Malaysia dan Persatuan Hotel Malaysia menggalas tanggungjawab yang berat dalam memastikan industri pelancongan dapat dihidupkan kembali.

Sebagai platform yang mengutamakan keperluan komuniti tempatan, Shopee juga ingin memberi sokongan dan sumbangan.

Iklan

“Kami akan menggugurkan semua komisen dan caj transaksi di platform kami bagi kempen ini sebagai dorongan tambahan buat para pemain industri.

“Bersama-sama dengan e-baucar menarik yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, kami yakin industri perhotelan akan kian pulih,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Bercuti sambil tebus e-baucar bernilai RM100! ‘first come first serve’Tunggu apa lagi? Jom cuti-cuti Malaysia!

Untuk maklumat lanjut tentang “Jom Cuti-Cuti Malaysia! Experience Malaysia Like Never Before”, layari https://shopee.com.my/m/jom-cuti-cuti-malaysia.