"Saya ok alhamdulillah" - Da’i Syed

A
A
A

SETELAH sekian lama menyepi sejak dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh pihak polis, kini Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dikatakan sedang berehat.

Terbaharu, bekas peserta program realiti pendakwah itu tampil berkongsi keadaan dirinya di Instagram Story miliknya.

Menerusi sebuah video pendek, Da’i Syed mengatakan yang dirinya berkeadaan ok dan mengucapkan terima kasih untuk yang sentiasa mendoakannya.

"Saya ok alhamdulillah, TQ yang mendoakan saya," tulisnya.

Selepas diarahkan untuk membayar wang ikat jamin sebanyak RM35,000, pendakwah selebriti Dai Syed kini sudah dibebaskan selepas direman selama 18 hari oleh pihak polis.

Sebelum ini, media tempatan mengatakan beliau maklumkan mahu berehat seketika dan menghabiskan masanya bersama dengan keluarga sebelum sebutan semula kes pada Januari nanti.

Artikel berkaitan: Da’i Syed ingin berehat sementara, waktu lepas rindu bersama keluarga selepas 18 hari direman

Pada 10 Disember lalu, Syed Shah Iqmal, 25, didakwa atas pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul kehormatan di Mahkamah Petaling Jaya, dan pada hari yang sama di Mahkamah Shah Alam pula dia menghadapi tuduhan merogol seorang wanita.

Di Mahkamah Petaling Jaya, dia dikenakan ikat jamin RM25,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan tarikh 19 Febuari ditetapkan untuk sebutan semula kes, manakala di Mahkamah Shah Alam dia dikenakan ikat jamin RM10,000 dan sebutan semula kes pada tarikh 25 Januari.

Baca juga “Biarlah mahkamah yang menghakiminya” – PU Syed Bakri tampil beri pesanan

Baca juga Kronologi 5 hari selepas penahanan reman pendakwah selebriti

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca