KEPADA yang meminati motosikal berkuasa tinggi, Modenas Ninja ZX-25R SE yang dilancarkan baru-baru ini harus dipertimbangkan sewajarnya.

Ketua Pegawai Pemasarannya, George Kashiwagi dalam satu kenyataan mengumumkan, varian berkenaan dijual pada harga luar jangka iaitu bermula RM33,900, sekali gus menjadi pencabar baharu segmen 250cc di negara ini.

“Titik harga tersebut bukan sahaja menterjemahkan dedikasi syarikat dalam menyediakan motosikal yang miliki prestasi bertaraf dunia, malah membolehkan rakyat negara ini untuk memilikinya,” kata beliau.

Ketua Pegawai Eksekutif Edaran Modenas Sdn Bhd, Roslan Roskan pula berkata, model berkenaan merupakan simbolik gabungan inovasi dan semangat yang dikongsikan Modenas bersama Kawasaki.

Modenas

“Ia juga menjadi permulaan baharu dan bakal menukar sejarah dunia permotoran di Malaysia,” ujarnya.

Baca juga Reka bentuk grafik lebih segar, MODENAS Pulsar NS200 buat ramai teruja untuk beralih ke segmen motosikal lebih besar

 

Berikut antara spesifikasi Modenas Ninja ZX-25R SE:

  • Dikuasakan enjin empat silinder sebaris sejukan cecair baharu dengan janaan kuasa maksimum pada 12,500 hingga 17,000 rpm.
  • Padanan tangki besar menjadikan model tersebut 18 kilogram lebih berat berbanding model Modenas Ninja 250 sedia ada di pasaran.

Modenas

  • Reka bentuk posisi tunggangan sporty cetusan inspirasi model ZX-10R.

Baca juga Skuter Modenas Elegan 250 EX memang sesuai untuk orang muda tak kira lelaki atau wanita

  • Ciri kawalan cengkaman, fork USD dan brek jenis radial.

Modenas

Iklan

Hadir dengan dua pilihan warna iaitu lime green ebony dan metallic matte graphene steel grey ebony.

Untuk informasi lanjut mengenai Ninja ZX-25R SE, layari https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/all-star.

Modenas

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang