Berhantu betul Roti Mayo Berkeju Tarik ni! Anak-anak dari tak pandang, sekelip mata boleh habiskan

A
A
A

MAJORITI setiap rumah pasti akan sediakan sebuku roti sebagai bekalan makanan yang mudah dicapai. Dalam erti kata lain, bila terasa lapar nak makan sesuatu yang ringkas dan tak perlu gigih nak masak, ambil je roti tadi, sapu mentega atau jem, tinggal 'ngap' je. Betul, tak?

Ada hari, sekejap je roti tu 'ghaib' anak-anak sekali hadap makan itu sahaja! Ada pula hari, tak berusik rotinya sampai nak dekat tarikh luput pun tiada seorang pun yang pandang.

Daripada buang dan bazir makanan begitu sahaja, mula la mak-mak ni ligat memikirkan menu apa yang boleh dibuat dengan roti itu dan paling penting, boleh pikat selera anak-anak.

Tak mengapa, kali ni tak payah nak fikir panjang, ikut sahaja resipi yang Sinarplus kongsikan ini. Kebetulan pula sekarang ni cuti sekolah, mesti anak-anak 24 jam asyik minta makan je kan dah bosan duduk di rumah.

Resipi ni sangat mudah, bukan mak-mak je tapi anak pun boleh tolong masuk dapur buatkan sekali tau, iaitu Roti Mayo Berkeju Tarik sesuai untuk buat sarapan atau minum petang sekeluarga yang dikongsikan oleh Puan Nurhayati Maleq. Anak-anak suka makan tu sampai habis sebungkus keju mozarella ditaburnya! Mak-mak wajib cuba ya.

Roti Mayo Berkeju Tarik

Bahan-bahannya :-

2-3 keping roti

Sedikit mentega

Mayonis secukupnya

Keju mozzarella

Gula kasar

Baca juga : Alami serangan jantung, Jay Jay stabil selepas pembedahan pintasan

Baca juga : “Ibu masak sedap kalau abang, kakak balik je.” Awas! Asyik fikir anak di asrama, yang depan mata makan hati

Cara-caranya :-

1. Potongkan sekeping roti kepada empat bahagian.

2. Sapukan mentega dan kemudian mayonis ke di setiap roti yang telah dipotong tadi.

3. Taburkan keju mozzarella atas roti, boleh letak ikut anggaran sendiri. Lagi banyak lagi sedap!

4. Bakar roti dalam air fryer pada suhu 180°C selama 5 minit.

5. Setelah masak, boleh taburkan gula.

Siap! Makan panas-panas waktu cheese tu cair boleh tarik memang sedap. Jangan lupa cuba ya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca