Berita baik buat penggemar kopi, boleh bantu cegah gout terutama lelaki

GOUT adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Kebanyakan Gout menyerang kaum lelaki dan amat jarang menyerang wanita dan kemungkinan berlaku pun hanya kepada wanita yang telah berusia.

Apabila Gout menyerang, kaki atau sendi akan berasa bengkak, amat panas dan sakit sehingga menyukarkan seseorang itu untuk berjalan.

Korang juga mungkin boleh bayangkan bagaimana terseksanya mereka yang mengidapi penyakit gout.

Selain dari berusaha untuk mengubatinya, adalah lebih baik untuk kita cuba mencegahnya pula kerana mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Betul tak?

Iklan
Iklan

Salah satu cara yang boleh mengurangkan serangan penyakit gout ialah mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang.

Oleh itu SinarPlus senaraikan beberapa makanan yang boleh membantu korang untuk mengatasi masalah gout.

  1. Sayur-sayuran

Nutrien yang terkandung di dalam sayur-sayuran adalah cukup baik untuk kesihatan. Walaupun begitu, korang digalakkan untuk mengelakkan sayur-sayuran yang tinggi dalam kadar purin.

Namun begitu kandungan purin di dalam sayuran adalah kurang berbanding dengan daging-daging merah.

  1. Buah Ceri

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ceri mengandungi khasiat yang cukup baik untuk mengelakkan gout.

Kajian juga mendapati ceri boleh membantu untuk mengurangkan kadar asid urin di dalam badan dan seterusnya membasmi serangan gout.

  1. Minuman Kopi

Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa dengan meminum kopi, risiko penyakit gout dapat dikurangkan.

Mereka yang kerap mengambil kopi juga mempunyai kurang risiko untuk mendapat serangan gout berbanding mereka yang tidak mengambil kopi.

Kopi tanpa kafein juga menyumbang dengan ketara untuk mengurangkan risiko ini, tetapi teh tidak mempunyai kesan, yang mencadangkan bahawa ia bukan kafein, tetapi lain-lain yang mempengaruhi gout.

“Ada teori bahawa asid chlorogenic, antioksidan yang merupakan sebahagian daripada kopi, boleh menjadi sebab sebenar untuk mengurangkan insiden gout dengan minum minuman ini,” jelas Dr Eleanor Modi, ketua program untuk memerangi penyakit sendi wanita di Hospital Brigham Women di Boston.

4. Produk Tenusu

Saintis yang mengkaji berkenaan penyakit gout ini mendapati produk tenusu yang rendah lemak boleh membantu memperbaiki proses asid urin.

Mereka yang kerap mengambil produk tenusu ini didapati mempunyai kadar asid urin yang kurang di dalam darah mereka.

  1. Ikan Air Sejuk

Asid asas yang terkandung di dalam ikan tuna boleh membantu mengurangkan keradangan akibat gout.

Namun begitu untuk mengelakkan keadaan tersebut menjadi semakin buruk, pengambilan ikan tersebut perlu dihadkan kepada satu hidangan sehari kerana ia masih mempunyai purin.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

 

Share
Meen

Biodata Penulis

Published by
Meen

Recent Posts

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

47 mins ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

3 hours ago

Sibuk sampai lupa nak makan? Ini lokasi Express Lunch di Glenmarie, Shah Alam yang boleh dicuba

SIBUK bekerja sampai boleh lupa nak makan! Tak dinafikan, kadang-kadang individu yang jenis workaholic, mereka…

5 hours ago

Tuah Nala kucing terkaya dunia, bernilai RM431.4 juta selepas ‘merempat’, raih anugerah TikToker Of The Year

BERTUAHNYA si comel ini. Dinamakan Nala, si bulus dari California, Amerika Syarikat ini mungkin kucing…

5 hours ago

Tasik diselimuti ratusan ribu ikan mati akibat gelombang panas dan kecuaian

  BERATUS ribu ikan mati dalam takungan di wilayah Dong Nai di selatan Vietnam disebabkan…

7 hours ago

‘Temukan orang terbaik menjadi imamnya.’ Bakal berangkat tunai haji, Wan Maimunah doakan jodoh buat Wan Sharmila

IKATAN antara anak dan ibu saudara ini menjadi perhatian ramai. Dramatis Wan Sharmila dalam perkongsiannya,…

21 hours ago