KEHADIRAN roti jenama Sunshine yang secara rasminya dilancarkan di Lembah Klang baru-baru ini akan memberi lebih seleksi kepada para pengguna selepas ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunshine Bread Sdn Bhd, Michael Chew berkata, pengedarannya yang diperluaskan ke Lembah Klang dari Seremban, Negeri Sembilan merupakan progres lazim yang dilakukan oleh syarikat dalam usaha mencapai misinya untuk memenuhi keperluan penggemar roti yang mementingkan kesihatan.

“Dengan pelancaran rasmi produk ini di Lembah Klang, kami berbesar hati untuk menjemput penggemar roti merasai kelainan dalam roti kami yang mengandungi 100 peratus kebaikan.

“Kami percaya kita boleh menjalani kehidupan yang sihat dan tetap menikmati kelazatan makanan pada masa sama.

“Serentak dengan itu, pihak Sunshine berharap penduduk Lembah Klang menyukai kepingan roti klasik dan roti berkrim jenama ini yang mampu menyemarakkan hari mereka dengan cara yang sihat,” katanya kepada SinarPlus.

Mengulas lanjut, Michael berkata, penyelidikan yang dijalankan mendapati rakyat Malaysia masih mencari pilihan roti yang inovatif dan berkhasiat yang diperbuat daripada bahan-bahan premium.

Justeru, Sunshine Bakeries sentiasa berusaha mengisi jurang tersebut menerusi rangkaian produk mereka.

Dikenali dengan kandungan nutriennya yang tinggi sejak 1930, jenama tersebut kekal komited untuk menghasilkan roti berkualiti tinggi menggunakan resipi tradisional khas yang telah dinikmati sejak turun-temurun.

Bahan-bahan seperti tepung gandum dan oat Australia diperoleh dari seluruh dunia dan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat untuk memastikan roti yang dihasilkan adalah sihat serta lazat.

Sunshine Bakeries mengendalikan kemudahan terkini yang memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan yang tertinggi agar pelanggan tahu bahawa mereka sentiasa membuat pilihan terbaik.

BACA JUGA: Hanya guna roti putih untuk buat kuih bengkang yang enak, rugi kalau tak cuba

BACA JUGA: Resipi roti jala lembut tak mudah basi, hanya guna sukatan cawan

SELEKSI ROTI

Menurut Michael, Sunshine Bakeries kini menawarkan variasi roti seperti berikut:

1) Roti putih Soft White
2) Roti mil penuh 100 peratus Australian Oat
3) Roti Dengan Germa Gandum dan Bran (padat dengan nutrien, mempunyai 0 peratus lemak trans, pewarna tiruan, perasa tiruan dan 0 peratus kolesterol.
4) Roti gandum berkrim Mentega Gula, Biskut & Krim, Vanila dan Coklat Hazelnut.

Iklan

Roti Putih Soft White Sunshine
-Ia diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi yang berkualiti, menghasilkan tekstur yang lembut dan gebu tanpa menjejaskan kelazatannya. -Sesuai buat mereka yang mencari pilihan rendah gula kerana roti ini rendah gula, tetapi tinggi dengan kalsium, protein dan sumber vitamin B1, B2, B3, dan zat besi yang baik.

Roti Mil Penuh 100 peratus Australian Oat Sunshine
-Diperbuat daripada emping oat Australia premium, memberikannya kunyahan lembut dan berbutir.
-Untuk rekod, Australia mempunyai salah satu persekitaran paling bersih di dunia dan merupakan antara pengeluar utama oat gred makanan yang mempunyai rasa serta aroma yang menakjubkan.
-Roti Mil ini juga tinggi dengan kalsium, serat dan mempunyai 19 gram bijiran penuh dalam setiap hidangan.
-Mendapat pengiktirafan daripada Whole Grain Council yang merupakan satu kelebihan sebagai pilihan yang lebih sihat untuk pengguna.

Roti Sunshine Dengan Germa Gandum dan Bran
-Mempunyai rasa lazat dan tinggi dengan kalsium, serat dan protein untuk kesihatan optimum.
-Juga rendah lemak yang membolehkan seseorang menikmati keenakannya dan masih mengekalkan berat badan yang sihat serta memperbaiki tahap kolesterol pada masa yang sama.

Buat anda yang ingin mendapatkan pilihan segera yang mudah dan lazat, boleh memilih rangkaian roti gandum berkrim Mentega Gula Sunshine iaitu roti berkrim yang lazat hasil paduan mentega premium penuh berkrim dan kristal gula yang rangup.

Iklan

Roti Coklat Hazelnut pula dibakar menggunakan hazelnut Itali paling baik dan diadun bersama coklat yang sungguh kaya.

“Di samping itu, penggemar roti berkrim juga pasti teruja dengan perisa klasik daripada Sunshine Bakeries iaitu roti Biskut dan Krim yang padat dengan 100 peratus biskut sebenar serta roti Vanila yang penuh aroma dengan campuran vanila yang kaya dan berkrim, pastinya pilihan yang sukar ditolak!,” kata Michael.

Kepada semua penduduk Lembah Klang, anda kini boleh mendapatkan rangkaian roti sihat Sunshine Bakeries di kedai runcit terpilih.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi