SIAPA yang tak kenal dengan pempengaruh yang juga jurusolek terkenal, MUA Bellaz.

Sebut sahaja namanya, bukan sahaja orang dewasa, bahkan kanak-kanak pun ada yang mengenalinya.

Biarpun kehidupan beliau sekeluarga kini sudah dilimpahi kekayaan, namun empunya diri tidak pernah sombong. Apatah lagi bangga diri.

Baca ni ‘Menu simple, nasi tetap makan.’ Maintain cantik bergaya walau punya anak ramai, ini rupanya rahsia adik Che Ta tampil langsing

 

Sebaliknya, personaliti tersebut tetap merendah diri. Tidak hairanlah jika pengikutnya di laman Instagram sudah mencecah lebih 2.1 juta orang.

Terbaharu, perkongsian beliau menerusi sepotong video meraih perhatian ramai.

Tampil berkain batik dan berbaju Kedah, kesederhanaan yang ditunjukkan anak kelahiran Jelapang Padi itu membuatkan ramai kagum.

Biarpun sudah bergelar jutawan, namun Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini cukup humble dan bersahaja ketika menemani suaminya, Anuar Ahmad turun ke sawah.

 

Menerusi video tersebut, ibu kepada empat cahaya mata itu dilihat sedang menyulam padi (menanam anak pokok padi).

Kemudian, Bella dilihat menyiapkan juadah minum petang untuk mereka sekeluarga pula. Anak-anak mereka juga hadir menemani ayahnya pada petang itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabilah zulyadaini (@muabellaz)

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kagum dengan keindahan pemandangan sekitar sawah padi yang kelihatan dalam video berkenaan.

Iklan

Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman dan kenangan di sawah suatu ketika dahulu:

“Seronoknya pemandangan. Lawa.”

“Tengok video kak Bella teringat arwah tok dan toki sebelah ayah. Pesawah padi juga, kami suka terjun dalam bendang cari ikan dan belut tapi tak suka makan.”

“Seronoknya kak Bella duduk tepi bendang macam ni.”

Iklan

“Kaya pun tetap jatuh cinta dengan suasana kampung. Love kampung so much.”

“Cantiknya pemandangan di belakang tu.”

Sumber: Instagram muabellaz

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.