Sofa Teno ilham Fuku Studio serlahkan kediaman moden. Tampak eksklusif, lebih selesa

RUMAH ibarat syurga buat mana-mana famili.

Di sinilah tempat kita menyemarakkan hubungan kekeluargaan dan memaknakan kasih sayang.

Justeru, suasana santai dan selesa tatkala pulang ke rumah selepas seharian di luar bekerja secara automatik dapat mendamaikan fikiran yang berserabut.

sofa
RAK sofa yang diberi sentuhan kayu menonjolkan sesuatu yang kreatif dan lari daripada kebiasaan.

Demikian yang ingin ditonjolkan oleh Fuku Studio yang merupakan salah sebuah syarikat yang menawarkan servis reka bentuk dalaman dan menghasilkan perabot 100 peratus buatan Malaysia.

Ketika kunjungan SinarPlus ke bilik pameran dua tingkatnya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, kami terpesona melihat konsep moden dan kontemporari bercirikan budaya Asia yang diterapkan pada setiap ruang.

Perabot-perabotnya memang melambangkan nilai estetika tersendiri, di samping desain yang artistik.

Baca ni Teknik mudah cuci sofa kotor atau bertompok, hanya guna air panas, tudung periuk

Menurut Pengarah Kreatifnya, Lau Yimin, Fuku Studio yang sudah bertapak sejak lima tahun lalu dibina berasaskan perniagaan famili.

sofa
GANDINGAN bersaudara. Yimin (tengah), Quito (kanan) dan Pereka Dalaman Fuku Studio, Chelsey antara individu penting yang menyalurkan idea dalam mendesain termasuk menyusun atur dekorasi dalaman sesebuah kediaman.

Ia selari dengan latar belakang ahli keluarga yang masing-masing arif dari segi reka bentuk dalaman dan produk, pembuatan perabot serta kejuruteraan.

Yimin berkata, pihaknya menawarkan  pelbagai jenis sofa, kerusi, meja makan, kabinet dan rak, koleksi untuk bilik tidur serta lain-lain item yang diyakini dapat menawan hati para pelanggan yang memiliki cita rasa berbeza-beza.

“Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan perundingan reka bentuk dalaman dan pengubahsuaian,“ kata usahawan muda berusia 28 tahun itu.

Sebagai sebuah jenama tempatan yang menggabungkan tradisi lama dan teknologi moden dalam pembuatannya, Fuku Studio berjaya menarik perhatian pelanggan daripada pelbagai lingkungan usia.

“Pelanggan utama kami terdiri daripada individu dalam lingkungan 30-an dan 40-an yang sanggup berbelanja lebih untuk mendapatkan nilai yang lebih bagus. Mereka memahami kepentingan kualiti dan falsafah ‘jika sesuatu dibina dengan baik, ia akan bertahan‘,“ katanya.

sofa
SUSUN atur yang kelihatan eksklusif dan selesa.

Baca lagi ‘Cantiknya bilik hero ibu.’ Siti Nurhaliza room tour bilik anak lelaki bikin ramai teruja. Kemas & moden!

PELBAGAI FUNGSI

Mengulas lanjut, Yimin berkata, setiap satu perabot yang dihasilkan dikilangkan secara tempatan di Malaysia.

Lebih istimewa lagi, ia dibuat mengikut tempahan bagi memastikan produk yang terhasil mempunyai standard yang luar biasa.

Terbaharu, Fuku Studio menampilkan sofa Teno.

“Berbanding sofa Teno dengan ciptaan terakhir kami, saya akui, sofa kayu lebih bergaya. Pun begitu, Teno berfungsi dan mempunyai kualiti yang lebih bertahan lama.

“Lebih menarik lagi, kabinet yang terdapat pada sofa Teno adalah buatan tangan tukang kayu lokal dan mengikut desain yang diilhamkan oleh Pengarah Reka Bentuk kami, Quito,“ ujarnya.

Menurut Yimin, setiap bahagian sofa berkenaan dicipta dengan mengambil kira pelbagai fungsi.

sofa
Sofa Teno ilham Fuku Studio serlahkan kediaman moden. Tampak eksklusif, lebih selesa

Daripada menggunakan keseluruhan fabrik untuk bahagian bawah, mereka juga menggunakan kulit poly urethane (PU) yang bermutu tinggi bagi membawakan reka bentuk kontras yang lembut.

Iklan

“Menariknya, PU kulit yang digunakan adalah kalis air dan mudah diselenggara. Justeru, pengguna tidak perlu risau andai terkena air. Satu lagi, ia mudah untuk dibersihkan dan lebih jitu,“ ungkapnya.

Dari segi warna, corak dan struktur, Yimin berkata, elemen itu amat diberi penekanan bagi menjadikan sofa Teno kelihatan unik berbanding dengan produk yang seangkatannya di luar sana.

“Fabrik yang kami pilih juga adalah jenis yang licin dan selesa,  manakala kayu memberikan kemasan yang lembut serta keras (antara fabrik dan kayu),“ ujarnya.

Memandangkan sofa tersebut dibuat mengikut tempahan, keseluruhan proses penyediaan dan kemasan mengambil masa kira-kira enam hingga lapan minggu.

Baca lagi ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Di samping itu, ahli perniagaan tersebut berkata, Fuku Studio turut menyediakan rak khusus yang diperbuat daripada kayu. Ia sekali gus mengetengahkan sisi lebih kreatif untuk digayakan dalam ruangan sesebuah kediaman.

sofa

Iklan

“Kami jamin kelengkapan terbaharu ini akan memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati suasana tenang selepas mengharungi hari yang panjang dengan pelbagai kesibukan.

“Sehubungan itu, Fuku Studio menyediakan dua set modul paparan di bilik pameran kami sebagai sajian mata bagi membolehkan orang ramai melihat dan merasai sendiri keistimewaan sofa tersebut.

“Bagi yang berminat, pereka bentuk kami telah mencipta lebih daripada 15 modul untuk anda pilih bagi mencipta sofa Teno anda  di rumah,“ kata Yimin yang pernah menerima anugerah Studio Reka Bentuk Perabot Paling Fokus Pelanggan daripada APAC Insider pada 2022.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang