CERITA tentang cuaca panas masih tak henti-henti lagi.

Nasihat paling popular adalah kena minum banyak air.

Menurut Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Kebangsaan, Amerika Syarikat, seorang wanita perlu mengambil kira-kira 2.7 liter air sehari untuk memenuhi keperluan penghidratan.

Golongan lelaki pula digalakkan minum sekitar 3.7 liter air.

Jumlah pengambilan air tersebut boleh diambil daripada makanan atau minuman.

Sudah resam kita, kalau waktu panas, kita akan ‘bantai’ minuman berais.

air ais
SUMBER Vitaly Gorbachev daripada PEXELS.

Minum teh aislah, sirap limau aislah dan macam-macam lagi.

Namun, ada pandangan yang menyatakan minum air sejuk dan berais memang tak bagus lagi-lagi ketika cuaca membahang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

MELAMBATKAN PROSES PENCERNAAN

Terdapat perdebatan tentang isu itu, kata Medical News Today.

Berdasarkan perubatan tradisional India dikenali sebagai Ayurveda, air sejuk boleh menyebabkan ketidakseimbangan badan dan melambatkan proses pencernaan.

“Badan mempunyai suhu teras 37 darjah Celsius dan pengamal Ayurveda percaya badan memerlukan tenaga tambahan untuk mencapai suhu tersebut selepas minum air sejuk.

“Mereka juga percaya bahawa air suam atau panas membantu memudahkan penghadaman,” lapor laman perubatan itu.

Penerangan mudahnya, minum ais memang tak bagus.

ais
SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

Laman Healthline juga mempunyai pandangan yang sama.

Memberi contoh paling mudah untuk difahami, seseorang yang selesema dan mengambil minuman sejuk mungkin akan menyebabkan gejala sakit semakin memburuk.

“Selain itu, penyelidikan pada tahun 2001 daripada sumber sahih menyatakan air sejuk boleh menyebabkan seseorang mengalami migrain,” kata Healthline.

Hasil kajian pada tahun 2012 pula mendedahkan, mereka yang mempunyai masalah esofagus seperti achalasia harus mengelakkan minuman sejuk.

Achalasia adalah penyakit yang jarang berlaku dan boleh menyebabkan seseorang sukar menelan makanan dan minum air.

Iklan

Baca juga: Batuk berkahak tak reda-reda, pakar otak saran minum teh campuran halia, bunga cengkih

Baca juga: Minyak kelapa, ais bantu kekalkan kecantikan Jaja Iliyes

ADA JUGA KEBAIKAN

Mengenai pendapat atau kepercayaan bahawa meminum air sejuk pada hari yang panas tidak akan membantu menyejukkan tubuh turut dijawab oleh Healthline.

Bagaimanapun, kata mereka tidak banyak penyelidikan yang dapat membuktikan dakwaan tersebut.

“Minuman sejuk atau berais masih ada manfaatnya. Antaranya ia dapat menurunkan suhu badan terutamanya ketika bersenam atau melakukan aktiviti fizikal.

“Di samping itu, turut membantu tubuh daripada menjadi terlampau panas. Senaman juga lebih berkesan. Ini kerana air sejuk memudahkan badan mengekalkan suhu teras yang lebih rendah,” katanya.

Dari sisi yang lain, ujar sumber itu, minum air kosong tidak kira panas, suam atau sejuk boleh menyumbang kepada pengambilan kalori yang lebih rendah sepanjang hari, selain bagus untuk penghadaman dan dapat mengekalkan berat badan.

air
SUMBER Lisa Fotios daripada PEXELS.

Baca juga: Teh panas elok diminum ketika cuaca terik? Ini makanan & minuman terbaik penghilang dahaga

Iklan

Baca juga: Pesakit asma: Jangan berani untuk cuba berpuasa kalau tak mampu. Elak juga makan ‘makanan sejuk

Kesimpulannya, bagi SinarPluslah, lebih afdal rasanya minum air kosong sahaja. Biarlah suhunya suam-suam.

Tak salah sekali-sekala teguk minuman berais, begitu juga dengan air manis.

Apa pun semuanya kena seimbang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.