Bibir selembut bayi dengan LipIce X Minions edisi terhad. Kumpul semua watak Minions yang comel

A
A
A

KEPADA peminat watak Minions, jangan lupa mendapatkan pelembap bibir LipIce X Minions edisi terhad yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Menariknya, kesemua watak Minions kegemaran ramai iaitu Stuart, Bob, Kevin, Dave, Phil, Tim dan Jorge ditampilkan pada pembungkusan produk apabila anda membeli Tinted LipIce Lip Balm dan Fruity LipIce Lip Balm.

Tidak sekadar itu sahaja, Mentholatum LipIce baharu menawarkan formula yang ditambah baik dengan ciri terkini untuk memastikan bibir si pemakai kelihatan sihat, terhidrat dan selembut bayi.

Berikut huraian lanjut mengenai varian yang ditawarkan:

i) Mentholatum LipIce Minions Fruity (tiada warna)

-Ia mengandungi bahan semula jadi seperti vitamin E, minyak argan dan minyak biji meadowfoam untuk menyubur dan melembapkan bibir.

-Inovasi ini juga berkesan melegakan dan mencegah bibir kering dan merekah, terutamanya dalam iklim kering dan sejuk.

-Terdapat tiga perisa buah iaitu strawberi, lemon dan kegemaran Minions, Pisang.

BACA JUGA Pelembap bibir berteknologi untuk atasi masalah bibir pecah, kering

ii) Mentholatum LipIce Minions Tinted (warna)

-Selain melembap dan melindungi bibir, ia meninggalkan warna semula jadi yang lembut dengan kesegaran rasa buah.

-Produk ini turut diperkaya dengan super hyaluronic acid untuk menutup kelembapan bagi penghidratan yang berpanjangan.

-Rangkaian pelembap bibir berwarna boleh didapati dalam 2 varian iaitu raspberry red dan wild berry pink dengan tambahan SPF 15 untuk melindungi bibir daripada sinaran UV yang berbahaya.

BACA JUGA Kekalkan kelembapan selama 10 jam, Lipice Magic Color jadikan bibir lebih mungil dan gebu

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca