BERTUDUNG labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.

Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila beliau mengambil keputusan untuk berubah.

“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana ALLAH.’

“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.

” Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut mengakui, beliau mengubah cara berpakaian untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.

Baca ni Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga ALLAH terus menjaga niat hati saya dan kita semua.

“Semoga ALLAH memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin, ” ungkapnya.

Isi hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naiknya menerusi perkongsian menerusi laman Instagramnya.

Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar beliau berpakaian sopan dengan bertudung labuh.

Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.

Berikut, reaksi warga terhadap transisi baharu Mia:

“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”

“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana ALLAH SWT. Kita mahu dapat reda ILAHI. Semoga Mia terus istiqamah.”

“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”

“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda ALLAH sayang buat hamba terpilih.”

“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana ALLAH.”

“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”

Sumber: mia.ahm4d

Baca lagi ‘Daripada saiz kecil, jadi baju paling besar.’ Wanita ini kongsi perubahan Zizi Kirana buat ramai tersentuh hati!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan