Boleh caj gajet dengan hanya berjalan dan melompat, teknologi Smart Pavement di England mudahkan orang ramai
HANYA perlu berjalan, berlari atau melompat untuk mengecaj semula telefon bimbit yang kehabisan bateri.
Kehebatan Smart Pavement atau teknologi laluan berturap pintar yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan di Telford dan Wrekin, Shropshire, England benar-benar mengagumkan ramai.
Setiap langkah pengguna sangat berharga dalam membantu menjana elektrik melalui sistem pintar yang dibangunkan syarikat terkemuka, Pavegen.
Menurut The Metro UK, laluan jenis 'bouncy' sepanjang 6 meter tersebut semakin popular dan menjadi pilihan pejalan kaki untuk beriadah.
Mereka boleh berehat di bangku yang disediakan sementara mengecaj peranti pada soket secara percuma.
Skrin berkuasa solar yang dipasang akan memaparkan jumlah tenaga elektrik yang berjaya dikumpulkan oleh pejalan kaki.
Menurut Ahli Majlis Telford dan Wrekin, Carolyn Healy, Smart Pavement dibangunkan adalah merupakan sebahagian daripada RM21.75 juta peruntukan yang dilaburkan untuk menangani perubahan iklim di UK.
"Smart Pavement telah menjadi pendekatan yang menyeronokkan. Sambil berjalan atau berjoging, orang ramai boleh menjana tenaga elektrik dengan selamat, sekali gus mendidik rakyat lebih menghargai projek hijau.
"Sejajar misi arah kehidupan yang lebih mapan, kami juga berharap inilah permulaan terbaik untuk mengubah dunia," katanya.
HAB PENGANGKUTAN HIJAU
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pengawai Eksekutif Pavegen, Laurence Kemball-Cook berkata, projek bersama Telford dan Wrekin itu merupakan satu pencapaian yang boleh dibanggakan.
"Ini juga sebahagian usaha untuk menjadikan kawasan Telford dan Wrekin sebagai hab pengangkutan pintar dan hijau di United Kingdom.
"Teknologi ini juga membolehkan komuniti dapat mengharungi musim sejuk dengan menjana tenaga secara semula jadi," katanya
Meskipun ramai yang menyambut baik projek mesra hijau tersebut, namun segelintir netizen menganggap ia satu pembaziran.
Baca juga Teknologi cetakan 3D, rumah teres hanya dibina 12 jam, ini projek pertama jadi sebutan
SinarPlus difahamkan, projek yang sama juga pernah dilancarkan secara global bermula dari Itali ke Hong Kong dan Dubai.
Sebagai contoh, lantai tarian kinetik yang diguna pakai oleh kumpulan penyanyi terkemuka, Coldplay ketika konsert jelajah mereka.
Lantai tersebut yang diperbuat daripada getah dan keluli tahan karat dikatakan mempunyai penjana elektromagnet yang boleh menghasilkan 2.1 watt untuk tempoh sejam.
Memang hebat! Agak-agaknya kalau di Malaysia pun ada teknologi yang sama, bagaimana penerimaan orang kita ya?
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang