Boleh cuba kelainan masak lemak ikan keli salai dengan kuini muda ini

GULAI lemak atau masak lemak boleh dikatakan semua negeri ada hanya yang membezakannya adalah resipi masakan.

Ada yang manis, ada yang pekat dan ada juga yang ditambah dengan buahan atau sayuran sebagai penambah rasa.

Kali ini Sinar Plus kongsikan resipi masak lemak ikan keli salai bersama sayur asin dan kuini muda.

Iklan
Iklan

Sebut sahaja salai, mestilah menu yang paling popular di Negeri Sembilan.

Kebanyakkan masak lemak nogori ini memang ikan, daging atau ayamnya akan disalai duhulu, barula dibuat masak lemak cili padi.

Bahan-bahannya:

  • Ikan keli salai / jenis ikan yang lain
  • Kuini muda di cincang-cincang (tak perlu masukkan asam keping)*
  • Sayur asin (sawi jeruk)
  • Kelapa 1 biji 1/ 2 (lemak sikit)
  • Cili api ( segenggam )
  • Kunyit hidup

Artikel berkaitan: Kerabu pucuk paku menu kampung sedap, mesti cuba

Cara memasak:

  1. Bersihkan ikan salai.
  2. Tumbuk kunyit hidup dengan cili api. Tumbuk bersama garam kasar.
  3. Perah kelapa, jangan terlalu cair.
  4. Didihkan santan bersama cili dan kunyit hancur.
  5. Dah mendidih masukkan ikan. Ikan dimasukkan selepas didih sebab ikan sebenarnya sudah masak disalai, juga untuk mengelakkan ikan hancur.
  6. Kemudian masukkan sayur asin dan kuini muda.

*Boleh juga ditukar kepada bacang, belimbing buluh atau nanas.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

3 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

16 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

20 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

21 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

22 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

24 hours ago