Buat sendiri patty ayam di rumah. Lebih jimat & tiada pengawet. Dijamin anak-anak pasti suka

A
A
A

ANAK-ANAK memang suka makan burger.

Nak cepat dan senang, makanan yang dihasilkan menggunakan patty sejuk beku selalu menjadi pilihan mak-mak.

Pun begitu, hidangan tersebut tidak berkhasiat dan sepatutnya dikurangkan.

Oleh yang demikian, SinarPlus pada kali ini ingin berkongsi resipi patty ayam homemade.

Tanpa sebarang pengawet tambahan, ia jauh lebih sihat daripada patty yang dibeli di pasaran.

Bukan itu sahaja, ia juga lebih jimat dan dijamin lebih sedap.

Resipi tersebut adalah perkongsian seorang ibu yang menggunakan nama Geliga Rasa di Facebook.

Ujar beliau, resipi yang diperoleh daripada laman YouTube tersebut menjadi dan kesedapannya mendapat pujian daripada anak-anaknya.

Berikut bahan-bahan dan cara penyediaannya.

baca juga: Cucur udang gebu & rangup, ini resipi tanpa air kapur atau soda, macam orang dulu-dulu

RESEPI PATTY AYAM HOMEMADE

400 gram isi dada ayam

2 biji kentang

1 btg lobak merah

1 biji telur [ BELI DI SINI ]

1 biji bawang holland [ BELI DI SINI ]

2 sudu kecil serbuk lada hitam  [ BELI DI SINI ]

2 sudu kecil serbuk lada putih [ BELI DI SINI ]

1 sudu kecil chilli flakes [ BELI DI SINI ]

1 sudu kecil mixed herbs [ BELI DI SINI ]

6 sudu besar tepung ubi kayu [ BELI DI SINI ]

2 sudu besar mentega [ BELI DI SINI ]

baca juga: Kuah laksa likat dan pekat, wanita ini kongsi resipi padu guna sardin tin je. Wajib cuba!

Cara penyediaan:

1. Kisar isi dada ayam, kentang, lobak dan bawang dalam food processor sehingga halus.

2. Campurkan bahan-bahan lain dalam mangkuk. Uli sebati. Lapikkan acuan di atas kertas pembakar. Kepalkan adunan dan bentukkan ikut acuan.

baca juga: Menyegarkan! Hampir 1,000 share resipi Agar-Agar Limau Mandarin viral, buat cara ini baru elok kejadiannya

3. Kemudian, bolehlah kukus sebentar patty yang sudah siap selama 3 minit sebelum disimpan dalam peti sejuk beku.

4. Patty boleh grill sebentar atas kuali dan sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba!

Mak-mak wajib cuba tau!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca