Buat sendiri puas hati, ini resipi kerabu tauge mudah, lazat

BILA sebut sahaja kerabu, pasti penggemarnya sudah kecur air liur!

Mana tidaknya rasanya yang masam, manis, pedas dan menyengat! Ia mampu membuka selera sesiapa sahaja.

Malaysia kaya dengan pelbagai jenis kerabu, antaranya daun selom, kacang botol, sotong, udang, mangga, pucuk paku, belimbing buluh dan sebagainya.

Namun kali ini Sinarplus kongsikan resipi kerabu tauge bersama kerang yang mudah dibuat dan pastinya lazat.

Ia lebih menggoda bila bahan campurannya segar sehinggakan boleh diratah begitu sahaja.

Lagipun bahan-bahan yang diperlukan hanya ringkas, kos membuatnya pun murah.

Buat sendiri sahaja dekat rumah. Sudah pasti boleh makan sepuas-puasnya.

Bahan-bahannya;

  • 1 mangkuk taugeh (celur sekejap)
  • 5 biji kacang botol (kacang panjang pun boleh)
  • Iklan
    Iklan
  • 1 biji bawang besar dimayang
  • 5 biji cili padi
  • 1 batang bunga kantan dihiris nipis
  • 1 genggam udang kering
  • 1/2 kg isi kerang rebus
  • Jus limau nipis secukupnya
  • Sedikit belacan
  • Kerisik secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Baca juga Ini 7 jenis buah, kekacang kekal awet muda, avocado paling ‘top’

Cuba juga Jimat dari makan di gerai, siakap kicap pedas ala Thai ringkas dan mudah

Cara-cara membuatnya;

1. Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau nipis, letak gula dan garam serta kerisik gaul sebati.

2. Satukan semua bahan dalam bekas dan gaul rata, rasa dan bolehlah sesuaikan rasa mengikut selera masing-masing.

Selamat mencuba.

Sementara itu, ini manfaat tauge untuk kesihatan;

  • Kaya protein

Ia sebenarnya mempunyai dua kali ganda lebih banyak protein berbanding daging lembu atau ayam. Antara kebaikannya adalah ia mampu meningkatkan kesuburan terutamanya lelaki yang sangat memerlukan protein untuk menghasilkan hormon untuk tujuan kesuburan.

  • Kaya enzim

Berbanding sayur-sayuran lain, ia mengandungi 100 kali ganda enzim. Ia sangat penting untuk fungsi tubuh badan terutamanya untuk proses pencernaan. Enzim mampu membantu individu yang mempunyai masalah penghadaman dan kembung perut.

  • Kaya serat

Dalam pada itu, ia juga baik untuk fungsi penghadaman kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi. Serat ini akan membantu meleraikan lemak dan toksin dalam tubuh badan lalu mengeluarkannya. Ini sekali gus dapat membantu anda mengawal berat badan.

  • Kaya antioksidan

Taugeh yang kaya antioksidan dan asid amino sebenarnya mampu memberikan pelbagai kebaikan. Antaranya yang penting adalah melawan kanser dan memperbaiki fungsi otak. Dalam masa yang sama, memakannya juga sebenarnya adalah amalan awet muda yang sangat bagus untuk diikuti.

  • Kaya asid lemak

Selain itu, ia juga sangat kaya dengan asid lemak. Kebanyakan individu tidak mendapatkan asid lemak omega-3 kerana hanya bergantung kepada makanan laut atau telur sahaja. Oleh itu, tidak salah rasanya jika anda mengambilnya sebagai alternatif, bukan?

  • Kaya vitamin

Paling penting, taugeh sebenarnya sangat kaya dengan vitamin A, C, E dan pelbagai lagi dalam keluarga vitamin B. Vitamin-vitamin ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh badan anda.

Sumber: Nor Khomariah Norrohman, Hello Doktor

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

33 mins ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

1 hour ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

2 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

18 hours ago

Siti Nurhaliza penuhi impian rakan artis tunai umrah, bikin ramai sebak. ‘Terbaik, kongsi rezeki dengan sahabat’

YAYASAN Nurjiwa milik penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad…

19 hours ago