Buat sendiri solok lada tak susah pun, puas hati makan. Wanita tunjuk cara frozen untuk Ramadan

SOLOK lada atau lada sumbat merupakan sejenis masakan tradisional Melayu yang popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu.

Ia sering dimakan dengan nasi kerabu namun enak juga dijamu dengan nasi putih biasa. Nak ratah macam tu pun boleh. Memang sedap!

Jika mencari di kedai, tak ramai yang jual solok lada ini. Jika ada pun, tak ‘menjadi’ sangat buatannya.

Jadi apa kata kita buat sendiri saja di rumah dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Rosmaliza Omar ini.

Posting wanita tersebut di Facebook Masak Apa Hari Ni…(MAHN) sejak dua jam lalu telah mendapat lebih 1,000 shares serta hampir 1.5k likes.

Nampak sangat menarik. Kena pada cita rasa, memang menambah-nambah nasi tau kalau cuba solok lada ini.

Selain untuk dijamu terus bersama nasi, Rosmaliza turut menunjukkan cara-cara membuat frozen solok lada untuk dimakan pada bulan Ramadan nanti.

Hasilnya solok lada sangat fresh dan macam baru dibuat! Jom cuba.

Cuba juga Resipi paru goreng berlada ringkas, krup krap rangup pasti memikat

Krediti foto: FB Rosmaliza Omar

Bahan-bahan;

  • 5-6 ekor ikan selayang
  • 3 genggam kelapa parut putih
  • 2 labu bawang besar merah
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 15 biji lada solok
  • 1 cawan santan diguna masa kukus semula lada solok (frozen)

Cara-cara membuatnya;

1. Lada solok dibelah tengah tanpa putus dan buang biji. Ketepikan.

2. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan kelapa parut, tumbuk lagi hingga lumat. Ketepikan.

Iklan

Cuba juga Sotong goreng lada bersama ubi kentang, pembuka selera sahur keluarga

3. Tumbuk bawang-bawang, halia dan lada hitam. Bila dah lumat masukkan dalam isi ikan.
Masukkan garam, perasa dan gula. Gaul rata. Solok mesti ada rasa manis, masin dan rasa pedas lada hitam.

4. Sumbat masuk bahan-bahan isi kedalam lada solok hingga padat dan montel.

5. Kukus lada solok selama 15 minit. Tutup api dan biarkan solok betul-betul sejuk sebelum di frozenkan. Jika ingin terus makan, siramkan santan dan kukus selama 3 minit. Siap!

Tip:

Iklan
  • Bila nak makan keluarkan solok dari freezer biarkan selama 15 minit.
  • Masuk kan dalam periuk curahkan santan atasnya dan kukus dalam 5 minit.
  • Sebentar saja ye sebab solok lada itu sudah masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Rosmaliza Omar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.