Budak darjah satu mengadu stres belajar secara online

SEORANG ibu, Azura Shahidan, 31, memberitahu SinarPlus, beliau cukup bimbang dengan transisi negatif anaknya, Adam Rezqi Hakimi, 7.

Masakan tidak, keterujaan budak tahun satu itu untuk belajar semakin merundum.

Menceritakan lebih lanjut, Azura berkata, Adam Rezqi pada awalnya sangat bersemangat menjejakkan kaki ke sekolah bersama rakan-rakan sebaya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan segalanya berubah.

“Cara pembelajaran pun sudah berubah, kesemuanya secara dalam talian. Pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis, dia akan mengikuti kelas tuisyen secara online. Mula-mula, Adam sama sekali tidak menolak untuk mengikuti kelas berkenaan dan menunjukkan reaksi yang teruja

“Namun selepas empat kali sesi pembelajaran online dijalankan, Adam sudah mula menunjukkan perubahan. Dia kerap mengadu dirinya seperti tidak sihat (bagi mengelak menghadiri kelas),” katanya.

Ujar ibu kepada dua anak itu, lebih membimbangkannya, si kecil itu sudah pandai mengeluarkan perkataan stres apabila ditegur untuk mengulangkaji pelajaran.

“Anak saya juga menjadi semakin pendiam dan sangat sukar untuk bangun pada awal pagi pada setiap hari. Itu semua gara-gara kelas online berlangsung pada waktu itu,” katanya.

Mengakui resah dengan keadaan Adam itu, Azura dan suami segera membuat janji temu bersama pakar bagi mengetahui kondisi anaknya itu.

“Selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menjelaskan bahawa Adam mengalami stres ringan berkemungkinan disebabkan perubahan normal baru yang perlu dilalui.

“Selepas meneliti situasi anak saya, saya harap ibu bapa di luar sana peka dengan perubahan anak dan jika merasakan terdapatnya perubahan yang ketara, segeralah bantu si manja tanpa perlu berlengah lagi,” pesannya.

Share
Farah Eliani

 

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

8 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

11 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

12 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

13 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

15 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

18 hours ago