BERBUKA puasa sambil menikmati angin laut. Itu antara tambah nilai jika pengunjung memilih untuk berbuka puasa di Resort World Langkawi, Langkawi, Kedah.

Hanya dibuka dari hari Khamis hingga Ahad, bufet bertemakan Citra Rasa Porto Malai menawarkan lebih 50 sajian tumpuan ramai.

Antaranya seperti kambing golek, sup kawah, kari kepala ikan, laksa dan kuih-muih tradisional.

Pengurus Besar Resort World Langkawi, Isaaz Ishak Yunus berkata, sajian utama, Nasi Arab Mandy Kambing dengan ramuan istimewa sentuhan cef mereka semestinya akan membuatkan pengunjung terus berselera.

Resort World Langkawi

“Harga yang kami tawarkan memang mampu milik iaitu RM59 sahaja untuk dewasa dan kanak-kanak hanya RM29. Buat mereka yang mempunyai anak ramai, ia memang menjimatkan.

Baca juga Nasi minyak, Daging Hitam Cek Ti sentiasa dinanti-nanti ramai. Ini rahsia kesedapannya

Baca juga Berbuka puasa dengan piza durian D24, pelengkap bufet Ramadan ini buat ramai ‘tak keruan’

Iklan

“Jangan bimbang, kami juga menyajikan set berbuka ala carte buat mereka yang datang di luar waktu bufet. Pilihan menu pun pelbagai dan semuanya pasti memenuhi selera semua,” katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Resort World Langkawi

Iklan

Citra Rasa Porto Malai
Alamat: Pantai Tengah, Langkawi, Kedah
Tarikh: Bermula 25 Mac hingga 20 April 2023
Menu signatur: Nasi Arab Mandy Kambing, sup kawah dan kambing golek
Harga: RM59 (dewasa), RM39 (warga emas) dan RM29 (kanak-kanak)

Resort World Langkawi