Nasi minyak, Daging Hitam Cek Ti sentiasa dinanti-nanti ramai. Ini rahsia kesedapannya

A
A
A

MEMPERTARUHKAN resipi istimewa keluarga, Daging Hitam Cek Ti yang digandingkan dengan nasi minyak menjadikan bufet Ramadan Citarasa Desa Laman Qasrina sentiasa dinanti-nantikan.

Menurut pengurusnya, Siti Rahmah Ab Rahman, daging masak hitam yang diwarisi daripada keluarganya itu dimasak dengan penuh kesabaran selama lebih tiga jam bagi memastikan daging benar-benar empuk.

“Ramuan rempah juga kami buat sendiri, sebab itu rasanya berbeza. Ramai yang suka tempah lauk ini untuk kenduri kahwin atau majlis keramaian,” katanya.

Selain itu, Stesen Selera Kenduri dan Stesen Selera Desa yang disediakan cef di Laman Qasrina juga boleh membuatkan kita kecur air liur.

daging hitam

Selain gulai nanas ikan masin, terdapat lauk pari asam pedas, ayam lemak cili padi, aneka sayur, ulam dan sambal belacan.

Baca juga Nasi Ayam Golek Istana resipi turun-temurun keluarga Cef Ismail jadi taruhan sepanjang Ramadan

Baca juga Jadi pesta makanan jalanan terbesar di Malaysia, Bufet Ramadan MAHA Iftar buat pengunjung ‘hilang arah’

Jika tempahan melebihi 100 orang, menu tambahan seperti kambing bakar dan acara istimewa seperti cabutan bertuah serta duit raya kepada kanak-kanak akan dilakukan.

daging hitam

daging hitam

Citarasa Desa Laman Qasrina

Alamat: B16, Jalan Zuhal 178/U5, Star Avenue Conmercial Centre, Shah Alam, Selangor

Tarikh: Bermula 24 Mac 2023

Menu signatur: Daging Hitam Cek Ti, sate ayam, ayam masak merah dan ayam masak bali

Harga: RM45 (dewasa), RM35 (warga emas) dan RM30 (kanak-kanak)

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca