Bukan sekadar pakaian, dapatkan hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan sempena lebaran ini di platform SHEIN

A
A
A

PLATFORM membeli-belah ini memang admin paling suka. Jelas, mudah dan cepat sampai ke pintu rumah.

Tertanya-tanya juga apa yang ditawarkan oleh SHEIN pada lebaran kali ini.

SHEIN yang merupakan sebuah e-peruncit fesyen dan gaya hidup global dalam satu kenyataan berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan kempen hari raya Bersiap Untuk Berhari Raya Bersama Rakan & Keluarga Anda dengan SHEIN.

Ia antara lain membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.

Sempena kempen kali ini, SHEIN memilih pelakon dan penyanyi, Kilafairy sebagai wajah mereka.

Kata Kilafairy, pilihan pakaian cantik yang ditawarkan oleh SHEIN adalah sangat mengagumkan dah hebat!

"Ia menjadikan saya rambang mata untuk memilih pakaian yang saya gemari untuk mix &match.

"Adakalanya gaya memadankan pakaian luar dengan pakaian dalam adalah agak membosankan. Kini, dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang berbeza di SHEIN, saya dapat menggayakan semula pakaian saya dan mencipta gaya perayaan yang baharu," katanya.

Macam-macam boleh beli

Kepada anda yang mencari gaya unik dalam koleksi raya SHEIN dan sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti, platform inilah tempatnya.

Seperti kata Kilafairy, para pelanggan boleh mix and match pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan.

Tambahan pula, trend ini akan bertahan lebih lama dan boleh digayakan selepas hari raya.

"Daripada rekaan busana yang ranggi kepada siluet feminin yang lembut, SHEIN mempunyai segalanya untuk melengkapkan busana dalam gerobok pakaian anda," kata SHEIN lagi.

BACA JUGA: Tampil vazz pada Aidilfitri dengan koleksi busana SHEIN gaya Muslimah ‘modest’

BACA JUGA: Selalu salah saiz order pakaian online, ini cara ambil ukuran badan tepat jika nak beli baju raya

Mungkin satu lagi yang mungkin ramai tak tahu, SHEIN juga menawarkan pelbagai pilihan produk kelengkapan rumah, kecantikan dan penjagaan kulit.

"Oleh itu, pada hari raya kali ini, jadikan kami sebagai kedai sehenti anda untuk mendapatkan semua keperluan perayaan, daripada fesyen, hiasan rumah, keperluan dapur, produk kecantikan dan penjagaan kulit dan banyak lagi.

"SHEIN menawarkan rangkaian produk yang luas yang boleh diperolehi oleh warga Malaysia dari keselesaan rumah mereka sendiri bagi menjadikan persiapan hari raya lebih mudah," katanya.

Layari laman web rasmi SHEIN,

http://www.SHEIN.com untuk mengetahui tentang pelbagai produk yang tersedia di sana.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca