KEBANYAKAN orang dewasa mengambil gula lebih daripada yang diperlukan.

Namun, barangkali semua tahu bahawa pengambilan gula tambahan secara berlebihan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Kajian menunjukkan tabiat memakan terlalu banyak gula boleh meningkatkan risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti obesiti, diabetes, darah tinggi dan kencing manis.

American Heart Association mencadangkan pengambilan gula tambahan tidak melebihi sembilan sudu teh sehari bagi golongan lelaki.

gula
SUMBER Mali Maeder daripada PEXELS.

Kaum Hawa pula dinasihatkan agar mengambil enam sudu teh gula sahaja dalam sehari.

Pengurangan bahan pemanis tersebut dalam diet harian boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan kita secara keseluruhan.

Kini, pelan diet tanpa gula yang menjanjikan penurunan berat badan yang cepat dan menjadi trend kesihatan yang popular.

Antara program penurunan berat badan yang semakin banyak dianjurkan adalah cabaran 30 hari tanpa gula.

 

Menurut Healthline, terdapat pelbagai jenis cabaran pengurangan berat badan yang ‘memotong’ gula dalam diet harian, namun kebanyakannya mempunyai garis panduan yang hampir sama.

Matlamat utama program tersebut adalah menghentikan pengambilan gula tambahan selama 30 hari dan menumpukan kepada pengambilan makanan yang padat nutrien.

GULA
SUMBER Julio Melanda daripada PEXELS.

“Gula semula jadi yang terdapat dalam makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan produk tenusu adalah selamat untuk diambil.

“Tumpuan cabaran tersebut adalah untuk memotong gula tambahan dalam makanan seperti bijirin sarapan pagi, aiskrim, kek, gula-gula dan minuman manis,” katanya.

KONSISTEN

Tambah Heathline, faktor terpenting dalam mana-mana program diet adalah konsisten.

Hal ini bermakna, keberkesanan yang berpanjangan tidak akan diperoleh mereka yang yang kembali mengamalkan permakanan tinggi gula selepas tamat cabaran selama 30 hari tersebut.

Berikut adalah manfaat am yang akan diperoleh daripada tabiat pengurangan gula. Antaranya:

1. Tekanan gula dalam darah

Kerap makan atau minum minuman tinggi gula boleh memberi risiko penyakit diabetes jenis 2.

Memotong gula tambahan adalah cara yang baik untuk menurunkan aras gula dalam darah dan insulin.

Pendekatan jangka panjang adalah langkah pengurusan darah yang terbaik dan lebih realistik.

Baca juga: Mampu gantikan gula putih, ini khasiat hebat gula kelapa wanita wajib tahu

OBES
SUMBER Andres Ayrton daripada PEXELS.

2. Berat badan

Makanan dan minuman yang mempunyai gula tambahan lazimnya tinggi kalori dan rendah kandungan nutrien.

Disebabkan itu, pengambilan makanan manis sering dikaitkan dengan penambahan berat badan.

Pengambilan gula berlebihan juga boleh meningkatkan lemak visceral yang berada di sekeliling organ.

Keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan risiko penyakit.

Justeru, tabiat mengurangkan sumber gula dalam diet harian membantu seseorang mengurangkan berat badan.

Ia juga akan menjadi lebih berkesan apabila digabungkan dengan pelan diet tinggi nutrien yang tinggi protein dan serat.

Baca juga: Rajin bersenam, minum kopi tanpa gula, rahsia sihat dan awet muda Nadia Annuar

GIGI
SUMBER Shiny Diamond daripada PEXELS.

3. Kesihatan oral

Hidangan manis tidak baik untuk kesihatan gigi.

Ia meningkatkan risiko kaviti dan penyakit gusi dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

Bakteria yang terhasil dalam mulut akan memecah gula dan menghasilkan asid yang boleh merosakkan gigi.

Iklan

Oleh itu, tabiat memotong gula tambahan boleh membantu melindungi gigi.

4. Kesihatan hati

Diet tinggi gula boleh meningkatkan risiko penyakit hati berlemak iaitu pembentukan lemak dalam organ hati.

Kajian ke atas 47 orang yang minum 1 liter air soda manis setiap hari selama enam bulan mendapati mereka mempunyai paras lemak dalam hati, visceral dan trigliserida yang lebih tinggi berbanding individu yang minum susu rendah lemak atau air kosong.

Satu lagi kajian terhadap 41 orang kanak-kanak dan remaja yang obes pula menemui mereka mengalami pengurangan lemak sebanyak 3.4 peratus selepas tidak mengambil gula dalam masa sembilan hari.

jantung
SUMBER Towfiqu barbhuiya daripada PEXELS.

5. Kesihatan jantung
Kajian menunjukkan diet tinggi gula juga boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan kematian akibat serangan jantung.

Tabiat mengehadkan gula tambahan dalam makanan terbukti mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular tersebut.

6. Manfaat lain

Penyelidikan mencadangkan diet tanpa gula boleh mengurangkan gejala masalah kesihatan mental seperti keresahan dan kemurungan.

Pengurangan gula tambahan juga baik untuk kulit.

Iklan

Hal ini kerana kajian membuktikan bahawa bahan penyebab makanan itu boleh menyebabkan peningkatan risiko jerawat dan penuaan kulit.

Makan makanan yang mengandungi tinggi protein, lemak sihat, serat, vitamin dan mineral bukan sahaja membantu kesihatan secara keseluruhan malah membantu seseorang menjadi lebih bertenaga.

Baca juga: Harga gula putih akan naik? Mungkin boleh diganti gula kelapa, ini khasiat yang ramai tak tahu

Baca juga: Selain garam dan gula, jangan bagi anak makan makanan ini. Poin nombor 4 memang ramai tak sangka

Melihat kepada manfaat yang diterima daripada rejim diet tersebut, SinarPlus mahu ingatkan ia perlu dilakukan secara berperingkat supaya badan dapat mengadapatasi perubahan yang dilakukan.

Anda juga perlu mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Selain daripada penjagaan permakanan, sesorang yang mahu kekal sihat juga perlu bersenam, mendapatkan tidur yang cukup dan menguruskan tekanan dengan baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!