Cantik bulatnya! Ini resipi bebola keledek lembut di dalam rangup di luar

PERNAH viral sebelum ini bebola keledek apabila ramai yang tampil berkongsi di media sosial setelah cuba membuatnya.

Rasanya yang manis dan sedikit kenyal berbentuk bulat cantik memang menarik selera ramai.

Ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea Batatas merupakan sejenis makanan berkanji yang berasal dari keluarga Convolvulaceae.

Antara ciri-ciri fizikal ubi keledek adalah mempunyai kulit berwarna coklat kasar dan isinya pula mempunyai pelbagai variasi warna seperti putih, jingga dan ungu.

Selalunya benda-benda yang bulat ini akan nampak comel di mata. Kuih bebola keledek manis memang sedap!

Cuba juga Resipi bubur candil keledek, rupa cantik rasa pun sedap

Rasanya lagi enak dimakan semasa panas-panas, memang terbaik! Pasti ramai yang tak sabar nak buat kan. Jom buat!

Bahan-bahannya;

  • 1 1/2 cawan keledek oren/ungu siap direbus dan dilenyek
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Secubit garam

 

Cara-caranya;

Iklan

1. Satukan semua bahan, sebatikan sehingga jadi doh. Uli-uli manja.

2. Bulat-bulatkan dan goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Angkat dan hidangkan ketika panas-panas. Siap!

Cuba juga Jom buat kentang putar versi sihat guna keledek manis, lebih sedap dan berkhasiat

Iklan

Selamat mencuba.

Sumber: Eniza M. Salim

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.