Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

APABILA menyediakan menu kentang putar, pada kebiasaannya kita akan menggunakan kentang putih sebagai bahan utama.

Apa kata kali ini kita ubah pula penggunaan kentang putih dengan keledek manis. Sajian ini lebih sihat dan berkhasiat.

Baca juga: Berjalan laju 75 minit sehari boleh panjang umur, wanita rebut manfaatnya

Bahan-bahan yang digunakan pula tidak banyak. Bahan utama ialah keledek manis dan susu kambing. Rasanya tetap sama namun lebih sedap dan manis semula jadi datangnya daripada keledek.

Keledek termasuk dalam kategori ‘superfood’. Bagus untuk otak dan mencantikkan kulit. Keledek oren dan ungu terutamanya tinggi kandungan antioksidan.

Baca juga: Cara mudah buat loaded potato bowl ala KFC, ringkas dan sedap

Kredit foto: Pexel

Kandungan B6 dalam keledek, baik untuk otak. memacu kelajuan otak serta melawan hormon stres iaitu homocystein.

Keledek juga kaya dengan vitamin dan turut membantu penghasilan kolagen. Kulit akan menjadi lebih anjal dan susah berkedut.

Makan keledek juga dapat membantu tidur yang lebih nyenyak. Kandungan magnesium di dalam keledek adalah kuncinya.

Susu kambing juga paling tinggi protein berbanding susu jenis lain. Ia mengandungi protein CSN1S2 dan bertindak sebagai agen anti-osteoporosis.

Kandungan asid linoleik dalam susu kambing bagus untuk perkembangan otak selain oligosaccharide.

Kandungan prebiotik dalam susu kambing juga sama dengan susu ibu. Jika anda penggemar kentang putar, bolehlah mencuba resipi cara sihat ini.

Baca juga: Kurangkan berat badan, obesiti kecilkan otak. Ini fakta mengenainya

Kredit foto: Pixabay

RESIPI KENTANG PUTAR

Bahan-bahan:

4 biji keledek manis
1/4 cawan campuran kekacang (supernuts) yang dicincang halus
1/2 cawan susu kambing
2 sudu makan mentega susu kambing (atau mentega tanpa garam)
1/4 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh garam

Cara-cara:

1. Kukus keledek dalam pengukus selama 10 hingga 15 minit (atau sehingga lembut).

Iklan

2. Toskan dan masukkan keledek ke dalam mangkuk.

3. Campurkan susu kambing, mentega, serbuk kayu manis, dan garam.

4. Hancurkan keledek menggunakan garpu dan kacau sebati. Sedia untuk dihidang!

Sajian ini sesuai dihidangkan untuk dinikmati seisi keluarga. Siapa kata makanan yang sihat tidak sedap? Asalkan kita pandai mengolah bahan-bahannya, pasti enak dinikmati bersama keluarga.

Selamat mencuba!

Iklan

Baca juga: Jus pegaga tingkatkan rasa segar pada otak! Boleh cuba

Kredit: Dr Rizal Abu Bakar

Kredit foto utama: Pixabay 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.