Cantik dengan inovasi baharu Shiseido. Kulit lembap dan selembut sutera bak pelakon Jepun

A
A
A

Cantik dengan inovasi baharu Shiseido. Kulit lembap dan selembut sutera bak pelakon Jepun

KEHIDUPAN kita sentiasa terdedah dengan pancaran sinaran ultraungu (UV) sama ada dari matahari atau sumber tiruan.

Biarpun 'dos' kecil sinar UV merupakan salah satu sumber vitamin D, pendedahan secara berlebihan akan menyebabkan kulit seseorang bermasalah.

Sehubungan itu, Shiseido, melalui 100 tahun penyelidikan penjagaan tabir suria memperkenalkan inovasi terbaharu mereka, Shiseido Urban Environment Triple Beauty Suncare Emulsion SPF 50 PA ++++ dan Shiseido Perfect Protector SPF50 /PA ++++ untuk kegunaan harian.

Triple Beauty Suncare Emulsion antara lain mengandungi antioksidan, tekstur bebas minyak yang ringan dan asid hyaluronik yang akan membuatkan kulit si pemakai terasa lembap serta kelihatan berseri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

BACA JUGA: Kulit lebih sihat, mulus dan berseri-seri dengan rangkaian Clinelle Essential yang dirumus dengan 20 ekstrak botani

BACA JUGA: Spa dari rumah, ini teknologi terbaharu cantikkan kulit tanpa bulu hingga 4 minggu

Untuk lebih keberkesanan, oles bersama dengan Sun Dual Care yang berfungsi membantu melindungi kulit daripada pencemaran udara dan unsur lain yang boleh menyebabkan kulit kusam atau kering.

Bagi wanita yang sentiasa melakukan aktiviti dan bersukan, Shiseido mencadangkan Shiseido Perfect Protector SPF50 /PA ++++.

Produk tersebut merupakan losen tabir suria pelbagai pelindung 360 darjah yang mempertahankan kulit daripada kerosakan akibat UV pada masa depan.

Menariknya, Perfect Protector memiliki formula teknologi WetForce. Itu bermakna, lebih lama anda di bawah sinar matahari, bergerak dan berpeluh, fungsinya bertambah baik!

Triple Beauty Suncare Emulsion dan Perfect Protector masing-masing dijual pada harga RM195.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca