Cantik warna-warni! Jelly ball viral mudah jer buat, anak-anak suka

HAMPIR semua tempat berkelah kini ada sahaja yang menjual jelly ball kan? Anak-anaklah paling suka.

Warna-warni yang cantik memang menarik perhatian. Ada juga yang diletak buah-buahan sekali. Sedap pula tu.

Ibu-ibu tengah mencari resepi jelly ball viral? Mudah sahaja cara membuatnya dan tidak memerlukan bahan yang begitu banyak.

Buat sendiri di rumah lebih jimat dan sudah tentunya sedap.

Bahan-bahannya;

  • 1 pek serbuk jelly 10g plain
  • 1/2 pek (5g) serbuk agar plain
  • 250g gula
  • 1200g air
  • Kordial lion ikutlah nak perisa apa

Cuba juga Viral tanghulu buah rangup & sedap, ini cara mudah buat caramel confirm jadi

Cara membuatnya;

1. Satukan serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula dan campurkan dalam air. Masak hingga mendidih.

2. Sentiasa kacau bagi semua bahan larut, bahagikan kepada beberapa bahagian. (Saya buat bahagi 3 je). Setiap bahagian letak dua sudu besar kordial.

3. Tuang dalam acuan dan tutup. Kalau tak ada acuan bulat ni boleh jer guna mana-mana acuan yang ada. Biar suam sikit baru masuk peti ais. Siap!

Tip:

1. Nak dapat bentuk bulat yang cantik kena isi penuh acuan baru tutup.. akan ada lelehan kat luar.. abaikan jer yang terkeluar tu boleh bagi anak-anak makan.

Iklan

2. Jika suka buah-buahan, boleh diletak mengikut kesukaan anak. Apa sahaja buah boleh diletak, potong kecil-kecil.

Cuba juga Viral! Donat buat peach jadi ‘kegilaan’ ramai. Tetap lembut walau dah berjam-jam, ini resipinya

Lebih menarik lagi, boleh cucuk di lidi untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. Cubalah!

Selamat mencuba… Moga dapat memberi manfaat pada kalian!

Iklan

Sumber: Shakila AB Rashid

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!