‘Cantiknya Ecah walau tak ada gigi. Mata besar, hidung mancung.’ Gelagat Aaisyah Dhia Rana berlakon ala mami jarum raih perhatian!

SEBUT sahaja nama Aaisyah Dhia Rana pasti ramai yang mengenali si kecil itu.

Manakan tidaknya, biarpun baru berusia lapan tahun, namun beliau seorang yang gemar bergaya seperti orang dewasa baik dari segi fesyen mahupun penampilannya.

Keletah dan gelagat anak perempuan tunggal kesayangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin itu sering membuatkan ramai terhibur. Lebih-lebih lagi apabila beliau turut bercakap dalam loghat utara.

Baca ni ‘Cantiknya Alisa. Sekejap jer dah besar.’ Hanis Zalikha kongsi video anak sambut hari lahir di spa kanak-kanak bikin warga maya teruja

Terbaharu, satu video yang menunjukkan Aaisyah berada di dalam biliknya mengundang perhatian ramai.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu dilihat sedang bermain dengan barangan emas seperti gelang dan juga rantai.

Penampilan semakin kurus

Geram tengok barangan si kecil yang kelihatan bersusun itu.

Pada masa sama, kedengaran suara memintanya bermain anak patung dan bukannya barangan kemas memandangkan beliau masih kecil.

aaisyah

Baca ni ‘Pandai nyanyi & masak, untung suami.’ Rumah cantik & mewah macam istana, warga maya puji Marsha tetap humble!

Sementelah barangan kemas tersebut adalah kepunyaan ibunya.

Namun respons Aisyah membuatkan ramai geli hati.

Manakan tidaknya, beliau tampak begitu pandai berlakon dengan mimik muka berlagak sambil memberitahu barangan tersebut adalah hak miliknya.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik, rupa-rupanya Aisyah hanya berlakon sahaja.

“,1 2, 3 action. Aaisyah berlakon watak anak orang kaya. Sesuailah main dengan barang kemas.

Baca lagi  ‘Mesti waktu hamil mommy rajin.’ Isteri Shukri Yahya kongsi gelagat anak lelaki suka mengemas, ramai nak buat menantu!

aaisyah

“Kalau betul-betul tengah main, memang kena pelangkung dengan mummy lah.”

Baca lagi Tampil anggun dan mewah dengan gaya puteri sebenar, busana pernikahan Princess Rajwa curi tumpuan ramai

Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai. Kata warga maya, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan.

Iklan

Sementelah ibu dan ayahnya seorang pelakon, pasti darah dan bakat itu mengalir dalam diri si kecil tersebut.

Pun demikian, ada yang menegur penampilannya yang nampak kurus dan tiada gigi.

Untuk rekod, Aisyah sebelum itu menjalani pembedahan iaitu Supernumerary Mesiodens Tooth berikutan kelainan pada giginya.

aaisyah

Berikut antara komen yang dimuat naik warga maya:

‘Happy tengok Aaisyah dah sihat. Tak mengapa, biarlah dia nak main dengan barang kemas. Dia punya tu.’

‘Makin kurus Aaisyah. Kasihan, mungkin tak lalu makan sebab lepas pembedahan hari tu kot. Semoga aisyah cepat sembuh ya.’

‘Comel je dengan tak ada gigi tu. Memang sempoi Ecah.’

Iklan

‘Makin nampak muka mat saleh Aaisyah ni. Cantik.’

‘Cantiknya dia. Mata besar, hidung mancung.’

‘Aaisyah janganlah cepat dewasa. Rindu tengok Aaisyah masa kecil. Comel sangat.’

‘Lawa dari dalam perut ni namanya.’

Baca ni ‘Orang nampak cantik je.’ Dedah anak meragam & sepah rumah waktu live tutorial mekap, MUA Bellaz dipuji suri rumah vouge!

Sumber: Instagram Aaisyahdhiarana11

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.