FUH! Sedapnya apam balik, makan panas-panas memang nikmat betul.

Cuti hujung minggu ni, jomla cuba buat sendiri.. kepuasan pun dapat, kebersihan pun terjaga.

Satu adunan cara Raihan Mahat ini dapat dalam empat keping apam balik.. confirm puas hati.

Bila buat sendiri nak letak jagung sampai meleleh pun boleh.

Nak tebal ke nak nipis ke pun boleh.

Bahan-Bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles

Bahan Tabur:

  • Kacang tanah (saya beli yang dah siap kat pasar raya. Hari itu beli sebab buat kuih makmur dengan Cheese tart magnum tu)
  • Jagung manis dalam tin (beli kat Eco murah je RM2.10)
  • Gula
  • Marjerin

Artikel berkaitan: Resipi rahsia ibu rupanya buat Nasi Ayam Baba ini popular di Melaka

Cara-cara:

1. Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bikarbonat,air dan pewarna kuning.

2. Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul lagi
sehingga semuanya sebati.

Iklan

3. Sapu marjerin dipermukaan non stick pan. Buat sapuan nipis sahaja, tak payah banyak-
banyak. Tuangkan dalam dua senduk dan ratakan. Kalau nipis tambah lagi tepung. Kalau tebal kurangkan sikit. Ikut selera kita.

4. Biarkan kejap dan sementara masak, taburkan gula. Pastu kacang kemudian jagung. Masa dah angkat sapu pulak marjerin.

5. Masa nak potong tu lalukan pisau kat air. Ok siap. Satu adunan resipi ni boleh dapat dalam empat keping.

Iklan

Kalau nak letak pulut hitam pun boleh, nak letak jagung saje pun boleh. Kita yang buat dia kan.

Jom cuba. Moga bermanfaat.

Resipi dan foto oleh: Raihan Mahat via MAHN