MEMANG benar, nasi ayam boleh didapati dengan mudah di mana-mana. Namun, sejauh mana kesedapannya?

Justeru pada minggu ini, SinarPlus mengesyorkan kepada pembaca agar singgah ke restoran Nasi Ayam Baba yang terletak di Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka.

Kalau diikutkan sejarah, Nasi Ayam Baba bermula dari sebuah gerai kecil sehingga pemiliknya berjaya membuka sebuah restoran.

Apa yang membezakan premis berkenaan dengan yang lain? Jawapannya adalah pada ayam dan nasinya.

Pengusahanya, Ahmad Shukri Abdul Shukur memberitahu, resipi sos termasuk nasi dan ayam diperturunkan daripada ibunya yang berketurunan Tionghua.

nasi ayam

Itu sebab beliau menggunakan perkataan Baba pada sajian nasi ayamnya yang merupakan simbolik masyarakat Baba Nyonya yang terkenal di Melaka.

“Budaya masakan Baba dan Nyonya juga lebih kepada masakan orang Melayu dan memang sebati dengan saya.

“Paling penting cara memasaknya juga menggunakan barangan halal dan bersih. Hal berkenaan menyebabkan saya memutuskan untuk meletakkan perkataan Baba pada nasi ayam kami,“ katanya.

Bercerita lanjut, ujar bapa kepada tiga cahaya mata itu, untuk perapan ayam, beliau mengolah sendiri kandungan rempah-ratus agar kena dengan tekak orang Melayu.

Artikal berkaitan: Ayam goreng salut tepung rangup ala McD spicy simple guna 5 bahan

Namun, pada masa sama, tidak mengetepikan cara masakan Cina yang cenderung menggunakan herba-herba yang berkhasiat.

Bagaimanapun, bagi menjaga kerahsiaan menu keluarga, anak jati Melaka itu tidak memperincikan bahan-bahan yang digunakan kecuali penggunaan halia wangi dan pati ayam pada nasinya.

Ujar Ahmad Shukri, gabungan beraneka rempah itulah yang menjadikan Nasi Ayam Baba lain daripada yang lain.

Untuk ayamnya pula, selain bergoreng, terdapat ayam stim. Wah! Memang menggiurkan apabila dicicah dengan sos cili yang sedikit pedas dan berjus itu.

nasi ayam

Meskipun premisnya tidak henti-henti dikunjungi ramai orang, lelaki itu berkata, mereka masih meletakkan harga RM5.50 untuk sepinggan nasi.

Selain di Taman Merdeka, Nasi Ayam Baba mempunyai satu cawangan lagi yang terletak di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Mereka dijadualkan akan membuka satu lagi restoran di Tanjong Minyak.

Iklan

Selain nasi ayam, mereka turut menyediakan menu lain seperti mi cili kering dan mi sup wantan.

Nasi Ayam Baba

  • Alamat: No 30 Jalan Pegaga, Taman Merdeka, Batu Berendam, Melaka dan Lot G.01 Plaza Usahawan Mara, Jalan Hang Tuah, Melaka
  • Menu signatur: Nasi ayam
  • Harga: RM5.50
  • Facebook: Nasi Ayam Baba
  • Instagram: @nasiayambaba

SELAIN populariti Nasi Ayam Baba yang terletak di Melaka, tinjauan SinarPlus mendapati, terdapat banyak lagi tempat makan yang menawarkan menu sama seperti di bawah ini:

CRG Chicken Rice Guys

nasi ayam

  • Alamat: Jalan Zirkon 7F/F, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
  • Waktu operasi: 8 pagi hingga 7 malam
  • Harga: RM5.50
  • Facebook: CRG Chicken Rice Guys
  • Instagram: @chickenriceguys

Nasi Ayam Periuk Besar

Iklan

nasi ayam

  • Alamat: Taman Enggang, Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga 7 malam
  • Harga: Bermula RM5.90
  • Facebook: Restoran Nasi Ayam Periuk Besar Alor Setar
  • Instagram: @nasiayamperiukbesaralorsetar

Nasi Ayam Salai

nasi ayam

  • Alamat: Jalan Kebudayaan 18, Taman Universiti, Skudai, Johor
  • Waktu operasi: 10.30 pagi hingga 10 malam
  • Harga: RM5
  • Facebook: Nasi Ayam Salai
  • Instagram: @Salai.licious

Nasi Ayam Fuziah

nasi ayam

  • Alamat: 78, Jalan Mustapha al-Bakri, Ipoh, Perak dan Medan Selera Dataran Dato Sagor, Ipoh, Perak.
  • Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang dan 11.30 pagi hingga 10.30 malam
  • Harga: RM6
  • Facebook: Nasi Ayam Fuziah Bazar Bulat
  • Instagram:@nasiayamfuziahcaw.datosagor