TIDAK dinafikan nuget adalah sejenis makanan kegemaran khususnya anak-anak.

Daripada kita beli yang dijual pasaran, nuget yang dibuat sendiri ini lebih sedap dan pastinya tiada bahan pengawet.

Nuget ayam kalut ini diberi nama kerana cara penyediaannya yang sangat mudah dan cepat.

Jom ibu-ibu, kita buat sendiri nuget ayam home made yang sedap dan menyihatkan ini.

Lagi seronok buat bersama anak-anak.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Lada hitam
  • Garam
  • Lada sulah
  • Tepung ubi kayu (boleh ganti tepung gandum)

Korang boleh juga mencuba resipi Nasi goreng ikan rebus sedap tak terkata, kena cuba ni!

Cara-cara membuatnya:

1. Cincang isi ayam. Kisar bawang besar, bawang putih, lada hitam. Gaul semua bahan, tambah tepung, garam dan lada sulah. Gaul sebati.

2. Masukkan dalam loyang atau bekas. Kukus 10-15 minit.

3. Sejukkan. Potong ikut bentuk yang disukai. Boleh terus simpan beku.

*Atau salut dengan telur, gorengkan.

*Atau jika tak kalut, boleh buat adunan tepung salut:

Tepung beras, jintan manis, jintan putih, air. Salut ayam kukus tadi dan gorengkan.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.