Sila log masuk terlebih dahulu.

Cara mudah buat stok pes ikan bakar sedap, nak masak lumur je

A
A
A

PES ikan bakar salah satu stok yang wajib ada di setiap rumah menjelang Ramadan ini.

Menu bakar paling senang nak buat. Perap dan bakar, masa yang diperlukan hanya kurang setengah jam untuk ikan atau ayam mengikut saiz dan cara ia dipotong.

Dengan adanya pes ikan bakar ini, anda yang bekerja dan tiba lewat di rumah pun masih sempat memasak juadah berbuka untuk keluarga.

Orang kata kesedapan sajian bakar terletak pada pesnya. Resipi pes ikan bakar yang dikongsikan Nurha Muhammad ini nampak sedap dan memang berbaloi dicuba. Mudah, lazat dan menyenangkan, bahan yang digunakan pun tak banyak. Jimat daripada beli yang dalam peket!

Baca juga: Ikan bakar berempah, menu sihat, ini resipi paling ringkas disediakan

PES IKAN BAKAR

Bahan-bahan

  1. Bawang merah
  2. Bawang putih
  3. Halia
  4. Serai
  5. Lengkuas
  6. Kunyit
  7. Cili kering
  8. Pes asam jawa
  9. Garam
  10. Gula perang/ gula organik/ madu/ stevia/ gula putih (pilih salah satu)
  11. pemanis.
  12. Minyak utk menumis
  13. Air

Baca juga: Lebihkan serai dan halia, rahsia besar Ayam Bakar Pasu Terlangkup sedap dan digilai Tak percaya? Jom cuba

Cara penyediaan

1-Kisar bahan 1 hingga7 dengan sedikit air.

2-Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sampai pecah minyak.

3-Kemudian masukkan sedikit pes asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

4-Masak hingga agak kering mengikut selera masing-masing. Siap.

5-Sejukkan dan boleh la disimpan sebagai stok di dalam peti sejuk.

6-Untuk menambah 'kick' anda juga boleh memasukkan belacan, udang kering, buah keras atau kerisik ke dalam pes ikan bakar ini. Terpulang citarasa masing-masing.

"Saya membakar ikan guna pemanggang ajaib je. Kalau nak bakar atas bara api pun lagi best.

"Ok tip nak membakar dalam pemanggang ajaib alas dengan daun pisang supaya kulit ikan tidak terkoyak. Sebelum alas daun pisang sapu minyak di permukaan pemanggang supaya daun pisang tak terbakar dan mengeluarkan asap," kongsi Nurha.

Baca juga: Wow! Nasi sejuk elok untuk diet, pesakit diabetes, ahli kimia kongsi 15 fakta mudah faham

Sumber: Nurha Muhammad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca