KALAU anda pernah rasa ikan percik versi original Kelantan, tahulah kelazatannya. Ikan segar, kuah pekat yang ada rasa hangus dan asap sikit bila bergabung, memang merecik!

Ikan percik memang popular pada bulan Ramadan. Jadi eloklah kalau dijadikan sebagai juadah berbuka puasa nanti.

Juadah asal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini tak sesukar yang anda bayangkan. Resipi perkongsian Ben Safwan yang diperturunkan daripada ibunya ini boleh dicuba.

“Kepada yang nak makan percik rasa asli orang kampung. Aroma arang, ikan selar aduhai sedap. Semestinya hasil tunjuk ajar Mok. Tertib masak nak dapatkan percik yang sedap macam ni.

“Guna santan segar pekat, salut kuah percik dua kali dan hasilnya, insya-ALLAH puas hati,” katanya.

Baca juga: Resipi cendol homemade mudah 3 bahan, buat sendiri baru puas makan

IKAN PERCIK KELANTAN 

 

KUAH PERCIK
3 ulas bawang merah saiz syiling 20 sen
1 sudu teh ketumbar disangai
1/2 sudu makan cili kisar
1/3 inci belacan
1/4 inci hirisan halia
1 ulas bawang putih kecil
1 batang serai diketuk
25 ml air
200 ml santan pekat.
Limau nipis
1 sudu teh garam
2/3 sudu besar gula
Serbuk perasa secukupnya

Cara penyediaan
1-Kisar lumat semua bahan dengan air.
2-Tuangkan ke dalam periuk dan tambah santan pekat dan serai.
3-Perah sepotong limau nipis.
4-Masukkan  gula, garam dan 1 sudu teh serbuk perasa.
5-Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elakkan kuah percik berketul.
6-Bila kuah sudah mula berbuih naik wap, tutup api. Siap.

“Tak perlu letak tepung. Penggunaan tepung hanya untuk jimatkan kos. Ia boleh mengganggu rasa kuah percik yang sebenar. Sukatan ini cukup elok dengan kuantiti ikan. Lebihan 1/2 mangkuk kecil sahaja.” Ben Safwan.

Baca juga: Resipi ayam percik tiga generasi laku keras, 250 batang sehari memang tak cukup

IKAN BAKAR

Ikan Percik Kelantan

700-900 gram ikan selar
3 ulas bawang putih sederhana
1 inci kunyit
1/2 inci halia
1 sudu teh garam

Cara penyediaan
1-Kisar semua bahan lumat dan sapu pada ikan selar yang dikelar.
2-Perap selama minimum 40 minit di dalam peti sejuk.

Baca juga: Resipi ikan percik terbaik! Lazat dan menyelerakan #hariharikenamasak

TIP MEMBAKAR DAN MENYALUTI IKAN PERCIK

Iklan
Ikan Percik Kelantan

Untuk mendapatkan hasil yang cantik, Ben berkongsi lima tip yang perlu dibuat ketika membakar dan menyalut ikan percik.

1-Ikan perlu disalut dua kali dengan kuah percik.

2-Lepas ikan yang dibakar atas arang hampir masak, cedok dan sapu kuah satu bahagian ikan terlebih dahulu.

3-Panggangkan atas api sekejap dan teruskan salutan kali kedua pada sebelah lagi. Ulangi proses sama.

4-Masa ceduk kuah dan menyalut, alas bawah ikan dengan pinggan supaya kuah percik yang meleleh turun boleh diguna semula. Baru tak membazir.

Iklan

4-Orang cakap biar kena asap je dan tukarkan warna asal kuah percik. Jangan lama nanti kering kuah percik dan tak cantik.

Baca juga: Hampir 1,500 like, resipi mudah buat Sekaya Telur, sedap makan sejuk-sejuk

Sumber: Ben Safwan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.