Clarks & Larrie serlahkan gaya pada Aidilfitri, selesa dipakai untuk berjalan jauh

A
A
A

Clarks & Larrie serlahkan gaya pada Aidilfitri, selesa dipakai untuk berjalan jauh

SYAWAL hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi. Selepas penat 'bertarung' di dapur menyediakan juadah, tentu sekali para wanita ingin tampil mempesona tidak kira pada pagi lebaran, mahupun sepanjang musim perayaan.

Pada kesempatan ini, SinarPlus memilih beberapa jenama daripada busana, sepatu, tudung dan beg untuk disuai padankan. Ingat, jangan keterlaluan ketika bergaya! Bersederhana lebih baik.

KOLEKSIClarks X Daiyan Trisha sempena musim panas tahun ini bukan sahaja tampak selesa, malah lebih estetik. Memang sesuai digayakan pada lebaran nanti.

Secara keseluruhan, terdapat 10 reka bentuk yang inklusif melengkapkan penampilan wanita.

Para pencinta warna merah jambu, anda boleh mendapatkan Violet55 Rae atau Seren25 Strap. Sementara yang sukakan warna bumi, himpunan Elleri Grace, Karsea Mule, Seren65 Mule, Orinoco2 Edge dan Serene65 Strap pelbagai desain boleh diperoleh.

Untuk mereka yang berbaju kurung atau berjubah, SinarPlus cadangkan untuk suai padankan dengan kasut Violet55 Strap dengan tumit sederhana tinggi berwarna hitam.

Selain Clarks, LARRIE antara label tempatan yang boleh dijadikan pilihan.

Melihat foto-foto yang dikirimkan, sepatu yang ditampilkan pasti laku keras memandangkan konsep dan corak yang ditampilkan lebih kontemporari sesuai dengan temanya, Milano Flair.

BACA JUGA: ‘Paling penting selesa & yakin.’ Plus size bukan alasan tidak boleh bergaya, Mis Claire tampil koleksi raya gabungan klasik & kontemporari!

BACA JUGA: SinarPlus dijenamakan semula, fokus kepada trend gaya hidup wanita

Mempertaruhkan rona romantik seperti lemonade pink, romantic white, lucite green, royal blue, toasted almond dan glacier grey, pastinya himpunan LARRIE bakal menyerlahkan penampilan anda!

BACA JUGA: Shawlpublika kembalikan signatur kain sari untuk busana Aidilfitri. Apa lagi, cepat grab sebelum kehabisan

BACA JUGA: Kali pertama sambut Aidilfitri, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000! Terselit 1,000 dirham

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca