‘Comel dan handsome anak-anak, wife pun lawa.’ Potret keluarga Jamal Abdillah bikin ramai teruja

SAMBUTAN Syawal pasti tidak lengkap andai tiada potret keluarga,kan!

Tampil sedondon bersama anak-anak dan isteri dalam persalinan baju raya yang mengikut tema disukai, itu yang ramai lakukan.

Sekurang-kurangnya, dapat menyimpan momen indah bersama sekeluarga.

Itulah yang dilakukan baik oleh orang biasa mahupun selebriti. Antara yang mencuri tumpuan ramai adalah perkongsian daripada Datuk jamal Abdillah.

Baca ni Tiada isu pilih kasih – Jamal sudah sediakan rumah untuk anak-anak

Jamal abdillah

Menjengah ke media sosial miliknya, kelihatan beliau sekeluarga dalam busana rona rasberry yang cukup menarik.

Menerusi laman Instagram miliknya,Raja Pop itu bergambar bersama isterinya, Datin Zai Izzati dan empat cahaya mata mereka iaitu Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahir Luara Salsabila Yamani.

 

Untuk rekod, itu anak-anak Jamal hasil perkahwinan keempatnya bersama Izzati. Sebelum itu, pemilik nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali sudahpuh dikurniakan dua anak dengan perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani yang masing-masing kini sudahpun memasuki alam remaja.

Baca juga Timang cahaya mata keempat, Jamal Abdillah pilih 11.11.2020

jamal abdillah 1Perkongsian pelantun lagu Kekasih Awal dan Akhir itu berjaya mengundang tumpuan peminatnya. rata-rata warga maya memuji kecomelan anak-anak dan kejelitaan isterinya.

‘Comel anak empat. Wife pun lawa.’

‘Comel semuanya.’

‘Selamat hari raya Aidilfitri datuk dan datin.’

‘Rambut Azura macam rambut Ogy dalam filem Azura.’

Iklan

Baca juga Kalau mahu sihat, kenalah sentiasa aktif – Jamal Abdillah

Jamal

‘Tahun depan tambah sorang lagi datuk.’

‘Lebat betol rambur azura.’

Sumber: Instagram jamalabdillahofficial

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!