PENYANYI veteran Raisuddin Hamzah dan isterinya, Siti Fatimah Suberi atau mesra dipanggil Makder baru-baru ini berkongsi kegembiraan apabila kediaman yang menjadi impian mereka akhirnya sudah boleh diduduki.

Keterujaannya itu turut mendorong ayah kepada Allahyarham Siti Sarah memuat naik video di laman Instagram, Suciuwais.

Jelas terpancar wajah happy mereka setelah mendapat kunci kediaman yang diidam-idamkan.

Apa lagi, ekplorasi rumah terus dilakukan bersama dengan cucu kesayangan yang juga anak Shuib, Uwais Alqarni.

Baca ni Seiras Siti Sarah, wanita ini buat Uwais toleh melihat berkali-kali

makder

 

Cantik, besar dan mewah. Itu yang boleh SinarPlus katakan apabila melihat paparan video berkenaan.

Biarpun belum dilengkapi dengan segala perabot dan hiasan dalaman lain, namun kami pasti pasangan suami isteri tersebut sudah tidak sabar untuk memasuki mahligai gah berkenaan.

 

Baca lagi ‘Cemburu anak-anak buat saya jadi takut…’ Watie lupakan seketika niat timang anak sendiri

LUAS DAN SELESA

Menariknya, video yang berdurasi beberapa saat itu turut memaparkan beberapa ruang di dalam dan luar rumah termasuklah ruang bilik. Cukup luas dan pastinya selesa untuk didiami.

Ternyata segala hasil titik peluh dan penat pasangan itu sudah berbayar apabila melihat hasilnya di depan mata.

Baca lagi Adik Miza seiras Siti Sarah, netizen sebak Raissudin lepas rindu, ramai kata macam adik-beradik dengan Uwais

makder

Uwais juga pastilah gembira, begitu juga dengan adik-beradiknya yang lain.

Untuk rekod, permata sulung Shuib itu memang tinggal bersama datuknya selepas kematian arwah Siti Sarah.

Perkongsian Makder itu turut membuatkan ramai menitipkan ucapan tahniah.

Rata-rata memuji rumah tersebut nampak cantik walaupun belum lengkap sepenuhnya.

Baca lagi ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

makder

Iklan

Berikut SinarPlus kongsikan beberapa komen tersebut:

‘Wah dekat dah dengan cucunda punya sekolah.’

‘Tahniah Makder. Bilik Uwais kena deko juga tu. Konsep golf.’

‘Wah bestnya. Alhamdulillah tahniah Makder. Doakan rezeki untuk saya pula ye.’

‘Alhamdulilah. Cantik dan besar.’

Baca lagi ‘Rumah mama paling selamat & disayangi,’ Throwback momen bersama arwah mama, Kilafairy berbakat dekor rumah sendiri. Cantik!

makder

Iklan

‘Alhamdulillah. Tahniah buat Makder sekeluarga.’

‘Cantik rumah baharu. Tahniah.’

‘Uwais dah macam anak Makder dah.’

Sumber: Instagram suciuwais

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang