Daging burger masak merah lazat patut cuba

A
A
A

JIKA korang sedang mencari resipi masakan lauk yang mudah dan lazat, patut cuba daging burger masak merah ni.

Selain enak dimakan bersama nasi, ia semestinya memberi sedikit kelainan daripada lauk-lauk yang biasa.

Tambah lagi, pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, tak perlu keluar rumah banyak kali kan.

Masak sahaja bahan yang ada di dalam peti, kita cuba buat hidangan terbaik buat keluarga.

Ayuh cuba resipi lazat daging burger masak merah ini.

Bahan-bahan;

  • 4 keping daging burger
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai diketuk
  • 4 sekawan - kayu manis, lawang, cengkih dan pelaga
  • 1 biji bawang holland potong bulat-bulat
  • 4 sudu cili kisar
  • 5 sudu cili sos
  • Gula garam secukup rasa
  • Air sikit

Daging burger masak merah lazat patut cubaCara-cara membuatnya;

1. Potong 4 daging burger dan goreng. Ketepikan.

2. Hiris bawang merah dan putih, ketuk serai, dan 4 sekawan tu kemudian tumis sehingga naik bau

3. Masukkan cili kisar, sos cili dan sedikit air bagi berkuah sikit. Masukkan garam gula secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan daging burger yang dah goreng tadi bersama bawang holland dan cili merah yang dihiris besar-besar. Dah sebati bolehlah dihidangkan.

Cuba juga Piza, burger, kimchi lebih enak dengan keju import Mainland dari New Zealand

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Sumber: Finas Osman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca